Wednesday 8 February 2012

Belajar dari Sejarah

Sejarah membuktikan kepalsuan dan kebatilan akan tumbang, tidak akan kekal. Akan ada manusia yang mencari kebenaran, jika tidak pun akan wujud golongan yang menentang kepalsuan.

Golongan liberalism dan modenism  telah bangkit pada zaman enlightment, mereka  mengkritik agama Kristian dengan mengatakan agama merupakan penipuan golongan elit atasan kepada manusia bawahan. Agama akan lenyap dengan kemodenan kata mereka. Gerakan pembaharuan orang-orang Kristian mula bangkit menentang gereja di atas bebanan yg gereja letakkan dalam pengamalan Kristian sehingga menjadi payah dan bermusuh dengan fakta saintifik. Ini mencetuskan revolusi industri atau revolusi perancis. Hasilnya, kuasa gereja ditumpaskan menjadikan pemusatan kuasa milik orang politik, dan agama hanya di gereja dan tidak boleh campur tangan dalam politik.


Begitu sejarah menunjukkan. Lalu jika agama ini dipamerkan dalam bentuk yang payah, kelihatan sangat kompleks, bertentangan dengan rasional dan logik, berbeza dengan bukti saintifik, kelihatan bodoh, maka ia juga akan mengalami kitaran yang serupa. Sudah pun wujud golongan sekular di negara kita, golongan liberal, puak-puak feminis yang kononnya memperjuangkan hak2 masyarakat. Kenapa wujudnya golongan2 ini dalam negara kita? Kerana kita gagal mempamerkan wajah Islam yang tulen dan gagal memberikan hak kepada mereka yang berhak. Sehingga wujudlah mereka yang bangun menuntut hak mereka dalam agama. Bangkitlah kumpulan yang tidak bersetuju dengan hukum agama. Kerana kita memperlihatkan hukum itu dengan bayangan yang salah. Seperti hudud yang dipandang serong, kerana penjelasan yang kabur, tafsiran yang salah dari yang sebenar.

Teman, kitalah yang diperlukan untuk mengambalikan Islam kepada wajah yang sebenar tanpa perisa-perisa tambahan yang memudharatkan. Di bahu kitalah terbeban sejuta tanggungjawab supaya menerangkan Islam yang asli kepada masyarakat. Biar dituduh, dilabel apa sekalipun, kerana yang melabel akan sentiasa wujud.


Kalau tidak kerana rasa tanggungjawab pada agama, kita pun bukanlah mahu sangat bersusah payah tajdid-tajdid ni. Kalau tidak memikirkan kesan buruk yang akan menimpa agama, bukanlah rajin benar kita mahu mmebetulkan pemikiran salah ramai orang.

Namun kerana memikirkan masa depan agama kita, maka kita harungi perjuangan ini. Tidak lain, kerana cinta pada agama.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...