Tuesday 28 February 2012

Sekiranya Pada Mereka...


Jika pada mereka, kita halalkan. Kita kata, bersangka buruk satu keperluan. Menggunakan kata2 Umar, “Ihtarisu an-nas bi su’i zhon”. ‘Berhati2 dgn manusia dgn bersangka buruk’. Jika pada mereka kita haruskan, menyebar keburukan pemimpin kerana rakyat perlu tahu apa pemimpin mereka lakukan. Hak rakyat untuk membuat penilaian. Konon, biar rakyat menilai.

Tetapi, apabila di pihak kita, berbagai ayat2 mahmudah kita gunakan. Jangan buka aib orang, apatah lagi saudara seislam kita. Kalau nak nasihat pun, nasihat lah secara tertutup, jangan dedahkan. Jangan sebarkan berita yang kurang pasti. Tak semena2 jadi mulia pula. =P

Sedangkan sudah berapa banyak berita yang kurang pasti kita sebarkan pada pihak mereka. menuduh yang itu membunuh, yang ini rasuah, yang di sana seks, yang di sini lembu, macam2 berita kita taburkan pada mereka. Sedangkan itu juga bukan berita yang pasti.

Bertambah lucu apabila ada yang mengatakan, ‘kita tidak tahu sejauh mana kebenaran berita ini. Elok kita tidak menyebarkan perkara yang belum pasti. Ini adalah fitnah dari ****!’ 

Eh, yang kata fitnah tu dah pasti ke ini fitnah sampai boleh sebar2kan? Kelakar ok!

Lepas tu, kalau orang yang sekapal dgn kita buat salah, mula lah nak kata, niat dia baik la. Dia tak berniat pun nak buat kemungkaran. Bila pihak musuh yang buat salah dan guna alasan niat, pandai pula guna ‘niat tak menghalalkan cara’, ‘terrer enta x-ray hati orang?’.

Sudah, sudah, sudah! Saya sungguh sudah muak melihat manusia2 begini. 

Boleh tak tolong jadi orang yang ada prinsip? Prinsip berdasarkan kebenaran. Bukan prinsip, 'semua parti saya buat, wajib betul dan bela. Semua parti satu lagi buat, wajib salah.'
Itu prinsip jakun namanya.


kasihanilah mereka yg ikhlas dlm berjuang, jgn kerana kita, rosak perjuangan mereka yg ikhlas!

3 comments:

  1. saya setuju. kita perlu ada prinsip. bukan sahaja dalam soal politik, tapi dalam apa jua keputusan dan tindakan yang kita buat, perlulah berprinsipkan kebenaran. begitu juga halnya dengan 'pihak kami'. hehe..

    ReplyDelete
  2. betul! prinsip 'pihak kami' ialah berpegang kpd alquran dan assunnah. mana ada nas dan dalil, kami ikut. mana yg tak ada, kami...

    kami senyum je..x cakap bid'ah pun. ahahaks.. ;)

    ReplyDelete
  3. a'a kan, senyum je..senyum sinis kan..lepastu sindir sikit2..hehe

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...