Thursday 2 February 2012

Remorse


Lumrah seorang Zahidah, apabila berkata mahu dikata semua. Sesudah diam, menyesal dengan perkataan yang dituturkan. Berjuta kali nasihat untuk diri diulang, masih peristiwa yang sama ditayang. Memang pun, memang begitulah..

Buku yang dipegang hampir terjatuh kerana mengantuk menyerang. Suara Mama dari dapur semakin jelas menenggelamkan suara drama Astro di hadapan. Menyuara tidak puas hati dengan perempuan zaman sekarang. Mama kemari dan kantuk pun pergi. Membuka pula telinga mendegar nasihat dan cerita Mama tentang dia dahulu sebagai anak perempuan. Semua kerja dikerjakan, semua hal dibereskan. Budak zaman sekarang? Mak terlantar sakit pun masih belum pandai mengurus kebersihan rumah. Dan beberapa lagi perkara yang Mama lantunkan untuk anak bongsunya ini.

“Ma ni bila kata, demo kata ngepek pulak.” Mama separuh mengeluh.

Setelah mengaku itu semua benar, maka seorang Zahidah pula membuka agenda perjuangan. Menyuntik jarum fikrah ke dalam minda Mama bahawa bukan sahaja perempuan yang berubah dek edaran zaman, tetapi lelaki yang memimpin juga bertukar perwatakan.

Jika mahu perempuan pandai memasak, sila bangun juga membantu lelaki pandai menebas.

Kiranya mahu perempuan peka pada kekemasan rumah, jangan tinggalkan lelaki untuk mengajarnya membakar sampah.

Alasan lelaki mempunyai kelebihan lain, lalu menjadi keharusan untuknya meninggalkan kerja asas lelaki, perlu seiring dengan perempuan.

Perempuan yang berjawatan maka hukumnya juga hanya harus untuk mengemas rumah, sepertimana harusnya lelaki menebas rumput apabila beliau ada gelaran.

Andai masyarakat masih belum kembali kepada tugas hakiki setiap gender, maka wujudlah  pertubuhan yang meminta hak, memperjuang itu dan ini. Kerana apa? Kerana masyarakat tidak memberi hak yang sebenar.

Tetapi, wajibnya seorang anak tidak perlu bertindak seperti di atas. Seharusnya menerima apa yang dikata Mama. Jika tidak, jadilah penyesalan begini setelah cuba mengubah cara fikir Mama yang moleknya bukan aku yang mengubah. Huh! 

  
*lain kali, jgn buat lagi! minta maaf ma..=(

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...