Wednesday 31 October 2012

Saya Bukan Pelajar Bidang Agama




Kecil hati juga apabila ada ustaz yang mengkelaskan manusia kepada golongan yang belajar agama dan tidak belajar agama.

Kami yang dikelaskan sebagai golongan yang tidak belajar agama sering tidak mendapat jawapan yang memuaskan apabila bertanya soalan.

Soalan kami dijawab dengan juga soalan, ‘Awak belajar jurusan apa?’

Apabila diberitahu bidang Sains, maka diceritakan kisah seorang ulama dengan seorang doktor. Doktor tersebut datang berhujah dengan ulama mengenai satu pendapat ulama yang tidak dipersetujui. Ulama yang penuh hikmah itu lalu memberi jawapan :

 ‘Di luar sana, banyak klinik milik bukan muslim, dan kurangnya klinik orang Islam. Jadi, lebih baik doktor fokus kepada penubuhan klinik-klinik itu untuk maslahah masyarakat.’

Cerita itu kami kias sendiri kepada situasi kami. Bahawa fokuslah pada bidang sendiri. Walaupun soalan kami bukanlah mahu berhujah atau berdebat, cuma mahu bertanya kenapa dan apa alasannya.

Jawapan yang dimahukan tidak diberi. Kabur yang menyeliputi tidak dialih. Mereka seakan menyisih kami.

Tiba pula satu golongan agamawan lain yang lebih meraikan kami. Mengambil berat soalan-soalan kami. Memperincikan kemusykilan kami satu persatu. Menghidang semua yang kami mahu. Menjadikan kekeliruan kami jelas, yakin dan tersusun. Menyediakan alasan untuk setiap hukum. Berbagai pendapat ulamak yang berbeza dikemukakan. Kami nampak agama ini luas, mudah, dan menyeronokkan.

Tapi, tiba-tiba kedengaran, bahawa golongan yang meraikan kami itu Wahabi. Katanya, Wahabi itu sesat. Kalau tidak sesat pun, ia tidak sesuai. Kami tertanya-tanya kenapa sesat? Tapi, kami tidak berani bertanya ‘kenapa’ lagi. Takut ditanya lagi belajar jurusan apa.

Justeru, kami diam di sini. Mendekati agamawan yang tidak memberi jawapan adalah menyakitkan. Manakala mempelajari agama dari mereka yang Wahabi adalah menyesatkan.




Pesanan Imam Syafi’e : Janganlah kamu ikuti aku dengan kamu tidak tahu, tetapi lihatlah alasanku. (dinukilkan oleh Al Muzani)


Tidak pula Imam Syafi’e berkata orang yang belajar Sains jangan bertanya alasanku, hanya yang belajar agama sahaja boleh bertanya.

Sunday 21 October 2012

Biasa-biasa

buku, assignments, tutorial, journals, semua terhidang!



Sudah lama saya tak guna perkataan ‘biasa-biasa’. Suatu waktu dahulu, kerap saya menggunakannya. Kali ini, ungkapan ‘biasa-biasa’ saya dengar dalam satu kuliah online. Tersenyum saya sendiri. Rupanya memang ada kisah disebalik ungkapan yang saya guna itu. Ingatkan rekaan semata-mata.

Dalam kuliah itu diceritakan tentang Sayidul ‘Adi diterjemahkan sebagai Encik Biasa-biasa. Kalimah ini diperkenalkan dalam satu syair Arab. 

Intipati syair itu begini ; Encik biasa-biasa ini lahirnya dari keluarga biasa, belajar di sekolah biasa, berkahwin dengan orang biasa, bekerja di tempat biasa, hidup dalam keadaan biasa, dan mati dalam keadaan biasa. 

Kalau boleh, saya tak nak jadi biasa-biasa. Selagi belum mati, kita masih boleh memilih untuk tidak menjadi biasa-biasa. 

Imam syafie berkata :
 Aku melihat air yang bertakung itu merosakkan ia, kalau ia mengalir barulah ia baik. Dan singa jika tidak meninggalkan hutannya, ia tidak dianggap liar dan hebat, dan anak panah jika tidak meninggalkan busarnya, tidak mengenai sasarannya. 

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kelazatan hidup itu pada berpenat lelah.

Sebab itu bila kita baca sejarah manusia, tiada sejarah yg flat. Tiada sejarah tanpa keperitan.

Kita sering rasa kita tak pandai, tak layak nak jadi orang hebat berbudi. Padahal, kalau kita tahu semua perkara, kita tak akan pernah belajar. Proses belajar itu, namanya kehidupan.

Marilah menikmati proses kehidupan dengan semaksimumnya!





Monday 15 October 2012

Cinta kepada ALLAH



“Apa yang kautahu tentang cinta Diana?

Baris tanya tidak disahut.

Cinta itulah. Cinta yang memunahkan ramai manusia termasuk aku. Itu jawapan yang kau mahu, bukan?

Masih belum ada jawapan.

“Apa lagi yang kau belum tahu tentang cinta Diana?”

Tidak ada lagi apa yang tidak kutahu. Semua aku makruf.

“Cinta itu hakikatnya hanya kepada Ilahi. Itulah cinta yang abadi. Cinta sejati itu hanya kepada Allah Diana. Cinta bukan milik kita, serahkan semua kepada Dia, cinta....”

Naqibah bertudung labuh itu bersuara sarat falsafah. Diana masih diam. Kata-kata Naqibah hilang berbalam-balam dalam tumpuan mencari kelibat tenang.

Sering kita berada di tempat Naqibah yang gemar berfalsafah. Pernah kita reti rasa Diana yang sudah punah?

Dunia dakwah benar-benar gemar berfalsafah. 

Cinta sejati hanya cinta kepada Ilahi. Cinta insani hanya fantasi.

Berlajar kerana Allah, dik. Jangan berlajar mahu kan keputusan yang cemerlang.

Sedangkan jalan praktikal untuk capai cinta Allah dibiar kosong. Yang dicanai ialah falsafah. 

Masakan seorang manusia biasa mampu menjadi abid yang membuang semua rasa kepada insan kerana mahu merasa cinta kepada Allah?

Sebegitu kejamkah jalan kembali kepada Tuhan?

Nak capai cinta Allah – cari lah ilmu sebanyak2nya. Iqra’ bismi robbika lladzi kholaq. Itu arahan dari Allah. Bukan berfalsafah siang dan malam bahawa cinta Allah itu abadi.

Kenapa perlu dipisahkan cinta Allah dan cinta manusia, bukankah cinta yang kita rasa ini serpihan dari cinta Tuhan juga?

Nak belajar krn Allah – belajar setekun2 nya. Perkara yg paling disukai Allah ialah pekerjaan yg dilakukan dgn itqan. Bukan berdegar-degar bersuara aku belajar krn Allah, tapi semua kerja tertangguh, tidak sempurna.

As simple as that! Tak perlu sampai nak buang segala nafsu minat kpd insan, nak buang segala keinginan utk dapat markah tinggi, nak kena tipu diri sendiri, hanya sbb nak buat semua krn Allah.

Come on, ini Islam. Bukan agama khayalan. Islam agama praktikal!

Buat lah sesuatu kerana Allah dengan cara dan gaya yang Allah suruh dan Nabi tunjuk.

gambar hiasan
* kadang rasa xsedap juga dengar falsafah yg membelakangkan praktikal. Boleh buat org yg praktikal lari jauh dari dakwah, Sbb tu ramai yg bagi alasan kenapa x kembali kpd islam : 'x sampai tahap aku lg'. ya lah, standard yg diletakkan tu mungkin x da siapa dlm zaman ni yg boleh capai.

* be practical!

* Daripada Ummu Habibah, katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;" Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari semalam dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga." (HR Muslim)

* tengok hadis Nabi, achievable kan?

Saturday 13 October 2012


Dan manusia itu sering bercerita. Berkisah saban waktu. Tentang apa yang mereka tahu. Tentang apa yang tidak mereka tahu.


Sesungguhnya manusia, lupa. 

Kanan dan kirinya ada penjaga.

Mengira tanpa henti, butir bicara juga gerak hati.

Ya Allah,

biarlah kami rebah di pekatan malam

membiar habluran dosa lebur untuk setiap hamba

ada sebaris bahasa, wahai Tuhan

tak digetar oleh gerak bibir semua

abadi dalam likat kotoran jiwa.



Light Up Your Life



Seperti biasa, kalau x ada apa2 program, rutin pagi Sabtu ialah dgr kuliah Youtube sambil siapkan kerja. Dulu saya dengar Drmaza, lepas tu Ust Fathul Bari, Dr Fadlan dan sekarang Dr Basit pula. Best!

Dr Basit kata, Islam bencikan pembaziran, masa, makanan atau apa2 perkara yg membazir. Dia bg contoh orang yang makan dekat hotel rm150 seorang, kemudian 2-3 jam duk dlm hotel tu makan. 

‘Kito oghe mukmin khijo kito berzikir, xdop maso nok towaf cari makanan dlm hotel tu 2-3 jam. Kito makan nok hambat lapar jah..’

Oyaya...ustaz ni xdak life la. Come on, apa salah nya kalau sekali sekala? Takkan nak berzikir setiap masa kot...

Hari tu ustaz ada kata yg dia x minat bola dan x tahu langsung pun pasal bola which is quite weird for a man utk x minat bola. X macho la bro!

Kebetulan masa tgh fikir tu, saya tengah dengar lagu 6th Sense. Terfikir lagi, mesti ustaz Basit x tahu kan pasal lagu-lagu ni..memang x da life betul la.

Tapi terfikir balik, emm, life macam mana yg kita nak sebenarnya?

Adakah semua benda yang ustaz tinggalkan itu, menyebabkan dia tak BAHAGIA? X tahu pasal bola, x tahu pasal lagu, semua tu menyebabkan dia derita ke?

Saya tengok dan rasa dan yakin, dia jauh lebih bahagia dan tenang dari semua orang yang kononnya ada life, enjoy dan ‘seimbang’ tu. dia bahagia dgn dunia ilmunya, tenang dgn dunia ibadahnya.

 Plus, orang2 yg ada life tu sangat2 perlukan dia sebagai rujukan pun.

Jadi, jgn ingat semua org perlukan cara yang sama utk bahagia dlm hidup. Mungkin org2 mcm kita perlukan lagu2, hiburan2, filem2 utk enjoy dan release tension. Tapi, org lain mungkin x perlukan semua tu. dia sudah terlalu bahagia dgn dunia ilmu, amal dan dakwahnya.

Jadi, pilihlah life bagaimana yang kita nak.

Rasa mcm nak cipta bahagia dgn life yg penuh suntuk dgn ilmu, tamak dgn ibadah, dan sibuk dgn dakwah. Oh, tiba2 sebak. Cemburu dgn mereka yang alim dan punya iman yg tinggi.

sufi lg jd model

*hari tu sy x ikut coursemate sy p Langkawi trip. depa kata xdak life la duk kt bilik ja. but hey, i am happy with my world. i cant fake my happiness guys..

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....