Sunday 21 October 2012

Biasa-biasa

buku, assignments, tutorial, journals, semua terhidang!



Sudah lama saya tak guna perkataan ‘biasa-biasa’. Suatu waktu dahulu, kerap saya menggunakannya. Kali ini, ungkapan ‘biasa-biasa’ saya dengar dalam satu kuliah online. Tersenyum saya sendiri. Rupanya memang ada kisah disebalik ungkapan yang saya guna itu. Ingatkan rekaan semata-mata.

Dalam kuliah itu diceritakan tentang Sayidul ‘Adi diterjemahkan sebagai Encik Biasa-biasa. Kalimah ini diperkenalkan dalam satu syair Arab. 

Intipati syair itu begini ; Encik biasa-biasa ini lahirnya dari keluarga biasa, belajar di sekolah biasa, berkahwin dengan orang biasa, bekerja di tempat biasa, hidup dalam keadaan biasa, dan mati dalam keadaan biasa. 

Kalau boleh, saya tak nak jadi biasa-biasa. Selagi belum mati, kita masih boleh memilih untuk tidak menjadi biasa-biasa. 

Imam syafie berkata :
 Aku melihat air yang bertakung itu merosakkan ia, kalau ia mengalir barulah ia baik. Dan singa jika tidak meninggalkan hutannya, ia tidak dianggap liar dan hebat, dan anak panah jika tidak meninggalkan busarnya, tidak mengenai sasarannya. 

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kelazatan hidup itu pada berpenat lelah.

Sebab itu bila kita baca sejarah manusia, tiada sejarah yg flat. Tiada sejarah tanpa keperitan.

Kita sering rasa kita tak pandai, tak layak nak jadi orang hebat berbudi. Padahal, kalau kita tahu semua perkara, kita tak akan pernah belajar. Proses belajar itu, namanya kehidupan.

Marilah menikmati proses kehidupan dengan semaksimumnya!





No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...