Thursday 23 February 2012

Psikologi Kehibaan


“You should tell him. Jangan pendam sedih macam ni. Kadang2, kalau kita sedih, waktu tu la syaitan datang cucuk kita.” Kata-kata dari seorang pensyarah sambil tangannya menepuk bahu pelajar.

Bagai air menyiram api.

Bau ‘hati panggang’ dan bunyi menggelegak darah hilang dengan lembut kata dari bibir insan yang dikirim Allah.

Dari marah bertukar hiba, sebak, lalu mengalirlah air dari mata-mata kami yang masih mengharap sebuah penyelesaian.

“Awak semua pergi solat dulu. Minta doa dengan Allah..” lagi dia menambah.

Seperti ibu yang memujuk anaknya. 

Semakin kedepan hidup dilalui, semakin ramai insan yang ditemui, maka makin mengertilah kami bahawa mereka itu bukan semuanya serupa walau asalnya semua dari air mani. Air yang hina, tetapi apabila Allah memuliakan dengan membangunkan ia menjadi seorang manusia yang berilmu, maka makhluk itu berjalan penuh kebongkakan dan kesombongan. Malanglah bagi mereka yang memilih jalan itu dan beruntunglah mereka yang memilih jalan kerendahan hati dan kemuliaan pekerti.

Menjadi pelajar pendidikan yang sering menumpang Pusat Pengajian lain untuk mencari ilmu benar-benar memberi pengalaman menjadi anak tiri dalam tradisi Melayu. 

“Kalau pelajar pendidikan, boleh blah! Awak ni menumpang kat sini..”

“I will not entertain education students.”

Pesan saya, sesungguhnya setiap apa yang kita tuturkan, kita bertutur dengan manusia yang punya hati, punya jiwa dan punya hak. Dan yang paling penting, punya Tuhan untuk dimohon segala tindakan. Maka berhati-hati lah.

“Ya Allah, jauhkanlah aku dan zuriat keturunanku dari kesombongan dan kebongkakan.”

Sekurang-kurangnya, ada doa baru yang boleh dipanjat kepada Allah pasca segala kemelut ini.

*6 orang pensyarah yang kami jumpa dan berunding. Hanya 2 dari mereka yang memang pakar memanggang hati. Yang lain semuanya mulia. Tetapi manusia, yang 2 itu lah yang disebut sebut. Oh!

*anyway, this is not funny!

*berhati-hati memasukkan imej pertama kita ke dalam minda orang lain. Kerana ia memang susah untuk dikeluarkan..!
Really? Yay..!

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...