Friday 22 June 2012

Aurat & Nasihat


Baru membaca post Dr Zaharuddin tentang aurat wanita.

Wanita yg pakaiannya menonjolkan bentuk payu dara & punggungnya (krn baju sempit) itu SAMALAH seperti seorang lelaki berjalan di khalayak dengan kemaluannya sedang terlihat jelas seluarnya. Elokkah begitu? namun tiada lelaki berbuat demikian. Penonjolan itu hakikat sedang berkata kepada yg melihat, "cantik & besar atau tidak payu daraku, punggungku?" di khalayak awam.

Bagi lelaki, sangat senang untuk berkata demikian. Malah, perkataan apa pun senang sekali untuk diucapkan terhadap aurat wanita.

Jika saya seorang yang tidak menutup aurat dan menonjol-nonjolkan badan, saya tidak akan berubah dengan membaca status demikian. Tambahan, perkara itu datang dari mulut lelaki, yang tidak pernah merasai cabaran menutup aurat.

Cabaran untuk mujahadah nafsu melihat baju dengan fesyen terkini yang semakin hari semakin canggih, apakah ustaz pernah merasa bagaimana nafsu seorang wanita untuk berfesyen? Lelaki yang tidak punya keinginan sedemikian begitu senang melemparkan hukum, haram! Kemudian tinggalkan perempuan ini dengan hukuman haram tanpa sebarang jalan di depan. Islam itu penyelesaian, bukan hukuman.

Cabaran berdepan dengan masyarakat yang majoritinya tidak menutup aurat, malah ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat. Menjadi ‘orang asing’ dan pelik dalam keluarga sendiri bukan senang. Malah saya sangat ‘annoy’ apabila banyaknya ‘songeh’ dalam menentukan halal nya satu tudung. Tidak boleh menyerupai semua rahib-rahib Yahudi dan segala bagai. Padahal, tudung biasa yang kita pakai ini pun, ada sahaja pendeta agama lain yang memakainya. Jadi?

Kenapa ya kita suka sangat nampakkan agama kita payah? Memang agama ni payah ke?

Sangat kurang nasihat tentang bersabar dalam menutup aurat. Cukuplah perli, cukuplah menjadikan wanita bahan lawak dalam ceramah. Saya benci. 

Apakah ustaz fikir, semua yang payu daranya tertonjol itu memang diniatkan untuk dilihat dan ditonjol-tonjol? Mereka mungkin tidak tahu. Mereka mungkin tidak didedahkan. 

Apabila melihat mereka yang tidak menutup aurat, kenapa kita tidak berfikir, kelak nanti apa akan aku jawab di hadapan Tuhan kerana tidak menyampaikan kepada mereka?

Jika kita hanya mampu mengubah kemungkaran dengan hati melalui benci, bencilah. Jangan bersangka buruk. Malah menyebarkan lagi sangkaan buruk kita itu. 

Tetapi, siapalah saya di mata seorang doktor agama. Mungkin ada kaedah dakwah begini dalam mana-mana kitab. Entah.

Sudah beberapa kali saya kurang selesa dengan ulasan Dr Zaharuddin mengenai aurat wanita. Tetapi saya tetap kagumi beliau dalam memberi ilmu pada masyarakat.


bila ust nasihat aurat macam tu kat perempuan, sy pun rasa nak buat mcm ni kat lelaki yg x jaga pandangan.

6 comments:

  1. em, dah lama tak komen kat blog awak..sebabnya, saya kena buka dengan internet explorer yg lambat ni, baru boleh komen..kalau mozilla, tak dapat komen..so, alang2 komen, saya bagi kaw2 sikit lah..hahahaha..

    saya tak nampak keselarian antara apa yang awak komen di atas, dengan prinsip awak sebelum ni..em, bukan ke awak tak suka masyarakat kita ni dimanja2..contoh, awak tak suka bila seseorang yang menggunakan cinta islamik sebagai tajuk dakwahnya utk capai cinta ilahi..kata awak, orang lain tgh sibuk sakit kepala fikir pasal masalah ummah, palestin,murtad, dll, tapi masih ada lagi golongan yg duk besarkan isu cinta,hati,perasaan,bait muslim, bakal imamku dan bla..bla..

    lagi, awak juga tak suka melayan orang2 yg malas nak berfikir kan..awak kata, awak tak suka kalau orang bagi alasan 'tak nak kelirukan masyarakat'. (dalam isu yg berkaitan pihak kami tu le). nampak sangat nak meraikan org2 yg mls berfikir tu awak kata..nampak tak, betapa tegasnya awak dalam hal satu tu..

    lagi, awak juga tegas betul dalam hal menundukkan pandangan buat lelaki kan.tapi dalam bab aurat perempuan ni, saya nampak awak seolah2 nak manjakan perempuan pulak ye..pelik tu..sampai UDZAR tegur macam tu pun, awak tak suka..saya tak nafikan, saya juga kadang2 geram dengan ustaz2 ni, asyik2 nk tegur perempuan je.mcm semua gejala sosial berlaku sbb perempuan...sekarang ni lagi lah..banyak sangat program untuk perempuan..kononya utk memperkasakan wanita..nak buktikan wanita boleh lah, wanita hebatlah..habis lelaki nya cemana? patutla pun, lelaki sekarang ramai yg lembik.. sepatutnya kena ada kementerian pembangunan lelaki lah saya rasa..em,dah keluar tajuk ni..ok,kembali pada tajuk asal, boleh awak kongsi sikit tak pendekatan macamana yg awak nak dlm bab aurat perempuan ni..

    oh, sebelum terlupa, em kalau boleh tak payah lah awak mention direct cara siapa yg awak tak suka tu..boleh menimbulkan perkara negatif..em, awak tak belajar dari kesilapan lalu ke? oh, mungkin awak terikut2 dengan cara pihak kami, yg suka sangat cakap direct bila tak suka dengan seseorang atau satu2 perkara..oooppps, sorry kalau terasa..

    hahaha, saje je, dah lama tk gaduh dgn awak..jgn stress ye, peksa lmbat lagi..hahahaha

    (satu lagi, awak suka kata mcm ni,'memang pendekatan dia salah, tapi, content dia betul'.. awak tak nak praktik yg tu ke dalam kes ni?)

    ReplyDelete
  2. terima kasih.bagus juga apa yg awak kata. boleh sy muhasabah.

    awak,awak kena bezakan content dgn approach. yg pasal cinta2 tu, sy mmg masalah dgn content dia.tp sy xda problem dgn approach si ustazah yg ramah tamah digemari ramai itu.pd perkara itu,sy tegas dlm masalah content, bukan approach.sbb approach dia sy dh setuju.sy xserang langsung pun approach,sy serang content je.

    sama juga masalah malas berfikir.sy mmg tegas kalau content yg dihidang pd masyarakat ringan,xboleh bg yg berat2 nt depa keliru. utk yg malas berfikir mmg la selamat guna content ringan, tp yg suka berfikir ni sape nak uruskan? pun masalah content yg sy serang,bukan approach.

    sekali lg, sy tegas dlm content,approach sy suka berlembut apa..

    sekarang,masalah aurat..

    content nya confirm la ok.sbb dh memang ada law dia.

    cuma sy xsetuju approachnya perli,sakit hati,mengata,sangka buruk. bgtau sy mana ada perempuan suka approach mana ni? mana? mana?

    dakwah ni nak suruh mad'u terima,bukan nak suruh orang gelak, atau nk puaskan nafsu mengata pak2 ustaz. (opps..sori2222..)

    nampak x sekarang? sy mmg dari dulu suka approach lembut pun..ehehe..

    oh,kira awak nak guna jawapan 'mmg pendekatan dia salah,tp content dia betul.' la ni..em,jawapan yg memakan diri sy rupanya.ahah..

    sy x nafikan content dia walapupun pendekatan salah sepertimana sesetengah org yg nafikan content terus,hnya kerana pendekatan salah.

    pasal sebut direct nama orang tu,ya la,saya silap..tp bukan sebab terikut 'pihak kami' ea..lain kali sy guna bukan nama sebenar eh..kekkeeke..

    ReplyDelete
  3. hahaha..kelakar la awak ni.em, ok lah kalau mcm tu..cumanya, saya rasa kalau dalam bab mendedah aurat ni, tak boleh dah nak berlembut2 sangat..sebabnya,sekarang ni dunia di hujung jari..nak apa je semua dapat..hampir mustahil, kalau masih ada yg tak tahu bahawa membuka aurat seperti yg dikata UDZAR tu adalah satu dosa..saya rasa dah sedia maklum sangat dah tentang pakaian ketat, baju jarang tu dosa..saya tak kisah kalau UDZAR atau ustaz2 nak bertegas dalam soal ni.. yang saya kisah, kalau ada ust2 yg duk ckp pakai tudung camtu HARAM, sbb menyamai rahib, pakai tudung camni MASUK NERAKA sbb mcm bonggol unta..perempuan kena pakai warna gelap2 je, stokin kena hitam,kalau tak menyamai warna kulit, dan bla..bla..ha, kalau mcm ni, baru saya nk marah..tapi kalau tegur org pakai seksi2 yg sah2 terbuka aurat, saya setuju lah kalau diorang tegas..sudah cukup cukup sudah...cukup sampai di sini sahaja(lagu awak nyanyi yg sokmo lari pitching tu..hahah) lah berlembutnya..dah lama dah..(ayat saya berbelit kan..tapi takpe, saya tahu awak faham..lagipun, awak je yg nk baca komen ni..hahahaha)

    ReplyDelete
  4. perasan sesuatu tak kat statement awak nih..

    "cuma sy xsetuju approachnya perli,sakit hati,mengata,sangka buruk. bgtau sy mana ada perempuan suka approach mana ni? mana? mana?

    dakwah ni nak suruh mad'u terima,bukan nak suruh orang gelak, atau nk puaskan nafsu mengata pak2 ustaz."

    sejibik mcm yg pernah saya gtau awak sblum ni pasal pihak kami tu kan??? dan ini jawapan awak ",'memang pendekatan dia salah, tapi, content dia betul'......jadi, muhasabahlah..hahaha

    dan satu lagi,

    "sy x nafikan content dia walaupun pendekatan salah sepertimana sesetengah org yg nafikan content terus,hnya kerana pendekatan salah."

    sama tak situasinya dengan ni?.."alah,kita ckp dia gila je,dia lagi teruk, fitnah org kita berzina.."
    hahaha..kalau sama, sekali lagi, muhasabahlah..tak pun, cari je hati yang baru....hahahahahahaha..dah lama tak guna ayat ni...

    ReplyDelete
  5. xtahu la saya nak kata..sy harap awak x terpengaruh dgn suasana kerja awak dlm berdakwah. bukan apa,kdg2 sy rasa suasana kerja awk tu suka benar guna approach kasar kalau bab aurat ni,mcm sekolah sy dulu juga. dulu mmg saya gelak,tp skrg bila fikir balik, sebenarnya kita nak apa dlm dakwah ni?

    pastu yg pasal syadid2 sgt tu pun 1 hal,knp nak bawa budaya orang,islam suruh ambil hukum islam,bukan dgn budaya2 arab sekali kaut sama.bca artikel terbaru di drmaza.com.

    tegur org pakai seksi secara tegas tu,boleh la diterima.tp kalau perli,mengata,sangka buruk,itu xboleh terima. datangkanlah ayat2 ancaman Allah dan hadis nabi pd org yg x tutup aurat. tegas la tu kan? xkan nak lagi tegas dari Allah dan nabi kot...

    syaitan ni perdayakan manusia dua cara,sama ada terlalu lalai,atau terlalu melampau.

    sy nyanyi lg ya,sudah cukup cukup sudah..sudah sampai di sini saja..hahaha..rindu nk dgr sy nyanyi la tu...

    ReplyDelete
  6. huwa huwa huwaaaa.......sama ke?

    ayat awak mmg pedas sungguh kan? nak cari balak baru lagi senang dari nak cari hati yg baru...

    sy tgh cari hati yg baru la ni,jumpa dalam hati orang...kui kui kui..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...