Saturday 30 June 2012

Sebelum 'Menjebeh'


Lebih setahun tertubuhnya Ulama Muda UMNO (ILMU) secara rasmi. Saya antara yang mengikuti perkembangan mereka dan ada beberapa perkara yang ingin saya utarakan. 

PREJUDIS
Usai pengumuman 40 ilmuan muda tanah air menyerahkan borang kemasukan dalam parti UMNO, ramai yang prejudis akan kemampuan mereka untuk berdakwah dalam UMNO. Sikap prejudis sebegini kononnya berasas dengan melihat sejarah kemasukan golongan agamawan ke dalam UMNO.

Setiap kita mempunyai hak untuk menilai, maka sesiapa jua bebas membuat penilaian, tetapi asas kepada penilaian mestilah adil dan berasaskan Al Quran dan Sunnah. Mengharapkan sesuatu kumpulan kalah dalam perjuangan dakwah hanya kerana berbeza pandangan politik tidak diajar dalam Islam. Kalaupun ragu-ragu dengan kejayaan mereka, janganlah sesekali menafikan usaha dakwah mereka. Berdoalah agar dakwah mereka berjaya dan mereka thabat di landasan Islam.

Jangan hanya untuk kemenangan parti, maka kita harapkan dakwah mereka gagal semata-mata untuk menjadi modal politik kita. Asas Al Quran dan As Sunnah mana kah yang kita gunakan?

ADIL DALAM MENILAI
Kita seringkali menilai bukan berdasarkan penilaian yang dalam. Asal sahaja seseorang itu bukan dari parti kita, maka apa sahaja tindakannya kita bangkang. Sesuatu perkara yang kita kira tidak menguntungkan parti kita, maka kita sanggah walaupun hakikatnya perkara itu menguntungkan Islam.

Berprinsip dalam kehidupan perlulah tunjangnya kebenaran. Jangan pancakkan prinsip kita di atas medan parti. Natijahnya, kefanatikan yang akan lahir serta idea-idea kritis tidak akan berkembang kerana hanya mengangguk kepada semua tindakan parti.

Belum pun ILMU bersuara, baru sahaja diumumkan penubuhan, telah dahulu ada pihak yang menghukum. Hukum pula bukan sekadar hukuman tidak bersetuju, tetapi diberi keputusan neraka dan sesat. Itulah mereka yang bukan sahaja tidak adil dalam menilai, tetapi tidak langsung membuat penilaian.

Saya suka apabila dalam Wacana PRU 13 baru-baru ini, Ust Fathul Bari sering bertanya persetujuan sesuatu kenyataannya dengan persetujuan penonton. Dapat dilihat bahawa banyak perkara yang sama-sama kita setujui asasnya, cuma mungkin apabila ia datang dari lisan parti lawan, maka kita enggan mengakuinya. Itulah satu sikap yang benar-benar perlu dibakar.

BERBEZA PANDANGAN
Perbezaan dalam memahami sesuatu nas bukanlah sesuatu yang baru. Malah dalam kalangan sahabat sendiri, interpretasinya berbeza-beza. Tidak ada dua orang manusia yang akal dan jiwa nya serupa semua. Pasti ada perbezaannya. Dan Islam membuka ruang pada perbezaan. Soal aqidah, itu jelas dan tetap. Tetapi soal feqah, kita boleh berbeza-beza jika tiada nas yang tetap. Apatah lagi soal pengurusan, siasah dan pendapat-pendapat isu semasa, maka ia lebih lagi dibolehkan berbeza. 

Justeru, janganlah kita menghukum seseorang hanya kerana pandangannya berbeza selagi dia membawa nas dan dalil sebagai asas kepada pendapatnya itu. Seharusnya kita perlu menghukum orang yang mengeluarkan pendapat tanpa meneliti nas tetapi meneliti kepentingan parti. Itu yang perlu kita hukum.

Sebenarnya dengan kewujudan ILMU, masyarakat secara tidak langsung telah di dedahkan dengan pandangan yang pelbagai. Jika dahulu hanya ada satu pihak yang membawa dalil agama, tetapi hari ini ada pihak lain yang membawa dalil juga. Jika dahulu, semua dalil yang dibawa oleh parti Islam akan diterima bulat-bulat kerana ia kelihatan benar belaka. 

Tetapi hari ini ada pihak yang akan menyeimbangkan dan menilai dalil yang dibawa sama ada ia benar-benar tepat pada konteks ataupun tidak. Bukan kah ini satu perkara yang baik apabila pelbagai pandangan boleh didengar, dan masyarakat boleh meningkatkan daya penilaian mereka bukan meningkatkan daya ‘kepengikutan’ dan ke’angguk’an kepada semua dalil yang di bawa. 

Namun fenomena ini tidak akan dilihat sihat bagi mereka yang hanya memikirkan keuntungan parti, bukan keuntungan perkembangan minda masyarakat yang mahu berfikir. Situasi ini dilihat merosakkan mereka yang malas berfikir, dan akan membuatkan mereka keliru. Dan bagi puak yang begitu menjaga kebajikan pihak yang malas berfikir ini, akan menentang budaya ini pastinya.

PAS LEBIH BERHATI-HATI
Suara ILMU sebenarnya akan membuatkan PAS lebih berhati-hati dalam memetik apa-apa dalil untuk menjustifikasikan tindakan mereka. Bukan sewenang-wenangnya mengusung agama mengikut apa sahaja rentak mereka, kerana di pihak lawan tiada siapa pun yang berautoriti dalam bercakap hal agama. Tetapi hari ini, PAS dilihat lebih berhati-hati terutama soal Syiah yang sering ditimbulkan ILMU.

Bukankah perkara ini menguntungkan apabila ada pihak luar yang akan menegur kesilapan PAS dari sudut agama? Kerana selama ini tidak ada satu pihak pun yang kononnya ‘lebih agama’ dari PAS yang akan menilai tindakan PAS dari sudut hukum. Apa sahaja yang PAS lakukan maka ia akan dihalalkan kerana pelakunya merupakan parti Islam. Hakikatnya, tiada siapa pun yang maksum melainkan Nabi. 

Maka kewujudan ILMU dilihat mampu membaiki kelemahan PAS dalam banyak perkara agama. PAS perlu berterima kasih pada ILMU barangkali kerana peringatan yang diberikan. 

Saya sangat kurang selesa apabila ada pihak yang tidak mahu dengar ulasan ILMU hanya kerana mereka itu UMNO. Saya tidak tahu apa perkataan yang perlu diberikan kepada sikap ini. Mungkin perkataan baru perlu dicipta DBP lantaran sikap ini semakin menjadi-jadi.

Mengenai UMNO sebagai parti sekular yang memperjuangkan kebangsaan dan asobiyyah, perkara ini banyak dijadikan alasan untuk menolak UMNO secara mutlak sehingga perkara betul yang dilakukanya juga ditolak. Saya nasihatkan supaya kita membaca dari berbagai sumber. Jika orang PAS menasihatkan kita, jangan hanya membaca Utusan atau menonton TV3, maka saya juga nasihatkan jangan hanya membaca Harakah. Selain Harakah, banyak sumber-sumber lain yang telah mengulas isu tersebut beserta dalil dan perincian mengikut perlembagaan. Bacalah, dan nilailah. Supaya pada wacana-wacana akan datang, tidak perlu lagi di tanya isu-isu begitu kepada panel kerana jawapannya sudah lama dihidangkan, cuma saja tidak dihidangkan dalam Harakah.

Begitu juga mengenai pendapat taat kepada pemerintah. Sebelum kita setuju atau tidak setuju dengan sesuatu perkara, semaklah dahulu hujah dan dalil semua pihak. Setelah itu, nilailah dan buatlah keputusan. Carilah banyak sumber tentang isu dan hukum taat kepada pemerintah. Di sana akan membuka minda kita, walaupun kita tidak bersetuju tetapi nanti kita tidak akan dengan mudah menghukum mereka yang berbeza pendapat dengan label yang berbagai, kerana kita tahu asas kepada pegangan mereka. Bersetuju atau tidak, itu hak kita untuk memilih. Cuma,  bacalah dan kajilah.

Walau apa pun yang berlaku di hadapan kita, mari kita letakkan Al Quran dan Sunnah sebagai suluhan. Bukan emosi dan parti sebagai pegangan.

We have a right to correct others but remember that they have a right to correct us too. Always be open to correction.

Wallahu a’lam.

*hahaha..dan dan ku jd umno lps tgk “wacana pru 13 : masa depan islam?”. Wacana sebegitu agak berisiko sebenarnya utk kjaan klantan. Kerajaan kelantan perlu berhati2 dlm memilih wakil umno sbg panel. Dari nk promot pas,org mcm aku jd nmpk umno plak betul...len kali ajak wakil umno yg x cerdik. Baru la dia kalah.org2 mcm aku sdg mmbuat penilaian demi pnilaian.*

Setuju atau tidak? (bca dgn gaya ufb tnya audien)

Sebelum 'menjebeh' , teliti dahulu hujah org lain. so,sy kena rajin2 la baca harakah n dgr ceramah pas..;)  ok. i luv tokguru anyway.

@airport pc

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...