Saturday 23 June 2012

Apabila orang yang dizalimi berdoa...


Kerana ada yang berkata, ‘..kamu tidak dapat benda tu sebab kamu tak solat jemaah, tak buat solat sunat...’

Menggunakan alasan agama untuk berlepas diri dari tanggungjawab adalah satu akhlak yang busuk!

Sedangkan hak mereka tidak ditunaikan, lalu diletakkan kesalahan kepada kekurangan amalan mereka. Licik sekali.

Mereka tidak mendapat hak mereka kerana mereka tidak mengerjakan amalan2 tertentu. (?)

“Takutlah pada doa orang yang dizalimi, sekalipun dia jahat, kerana kejahatan itu untuk dirinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sedangkan amalan kejahatan pun diletak di tepi seketika untuk memakbulkan doa orang yang tidak mendapat hak.

Sejahat mana pun manusia itu, jika pada kita terdapat haknya, kita wajib menunaikan. 

"Ala, x payah bagi kat dia, dia bukan baik pun..."

Kejahatan yang dia lakukan untuk dirinya. 

Saya tidak tahu kalau ada yang berkata, 'dia x solat jemaah, x buat amalan itu, amalan ini x buat, so x perlu tunaikan hak dia...'

Apakah?

Takutlah, waspadalah dengan doa orang yang kita zalimi. Zalim bukan payah. Bukan perlu jadi Perdana Menteri dan makan duit rakyat baru dikira zalim. Zalim ada di mana-mana, pada sesiapa.

Akan ada hari nanti, doa orang yang dizalimi memakan orang yang zalim. Pada hari kita dizalimi, berdoalah, jika benar kita dizalimi, maka serahkanlah hukuman kepada Tuhan. Biar Allah yang menguruskan dengan hukumanNya.

Saat kita merenung nasib yang menimpa diri, renungkanlah ke belakang, kalau-kalau pernah kita zalimi insan lain, adakah doa mereka yang kita zalimi itu sedang kita ‘nikmati’?

Tunaikanlah hak setiap insan. Janganlah mengambil mudah dalam urusan tanggungjawab. Setiap insan akan ditanya tentang tanggungjawabnya. Akan ditanya!

Tanggungjawab sebagai bapa, ibu, anak, majikan, kawan. Semua itu ada di bahu kita. Jangan sesekali tidak tunaikan hak. Jangan sesekali mengambil hak orang lain. 

Semoga kita dilindungi.

Semoga kita rasa berat beban tanggungjawab di bahu. Kalau tak rasa, muhasabahlah!


No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...