Wednesday 13 June 2012

Raikan Kemalasan Berfikir.

Lagi membaca tulisan di thenutgraph.com.

Berkerut2 dahi saya, menggaru2 kepala. Bagaimana ni? Mereka sedang mentertawakan tindakan pihak agama, tindakan orang agama.

Susah benar. Kadangkala apa yang mereka tuliskan itu, tidak salah pun. Kita semua perlu mengambil kira wujudnya manusia yang suka berfikir dan bertanya kenapa. Kita semua perlu sedar bahawa telah ramai golongan yang bangun memikirkan tentang agama walaupun bukan semua amalan dan suruhan agama mereka ikuti. Kita semua perlu pertimbangkan keperluan mereka dalam beragama. 

Saya kira sudah cukup untuk kita pentingkan manusia yang malas berfikir. Sudah lama benar kita utamakan golongan begitu dalam apa2 urusan dalam agama, sehingga perbincangan perkara2 baru dalam sesuatu hukum, pasti kita akan selitkan, nanti ‘masyarakat akan keliru.’ Nampak benar kita raikan mereka yang malas berfikir dengan mengutamakan mereka dalam apa2 hal. Sedangkan yang rajin berfikir dan bertanya kenapa ini, kita abaikan soalan2 mereka. Kita tinggalkan mereka mencari sendiri jawapan untuk diri mereka. Apabila mereka tersalah jalan, masuk ke jalan liberal, kita haramkan mereka pula. 

Apakah ini benar2 ajaran Islam?

Apabila saya membaca tulisan2 mereka, saya seperti sedang melihat seorang pelajar cemerlang Kristian sedang berdepan dengan seorang pelajar Muslim tercorot. Siapa yang akan menang logiknya?

Tindakan pihak agama dan orang agama di Malaysia sebenarnya sedang ditertawakan mereka. Saya sedih sekali. Saya sekarang tidak tahu mahu menyalahkan siapa. Saya tahu pihak agama dan orang agama tidak pernah ada niat jahat pada agama. Mereka cuma tidak mampu bertindak dengan matang dan cemerlang untuk berhadapan dengan golongan seperti ini. 

Justeru, saya menyeru kepada kita semua. Marilah kita mula memikirkan agama ini pada kaca mata mereka yang rajin berfikir. Mari kita draftkan ijtihad hukum2 dengan memikirkan rasional semasa, dengan meraikan manusia yang suka bertanya dan berfikir.

Mari kita bertindak dengan cerdik atas nama agama. Cukuplah memberi alasan masyarakat akan keliru dengan membaca buku Irshad Manji contohnya. Sudah kerap kali benar saya mendengar alasan masyarakat akan keliru, masyarakat akan keliru. Bak kata seorang tokoh, ‘dia yang keliru, kata masyarakat yang keliru. Takkan masyarakat bodoh sampai tara tu?’

Sudah sampai masanya kita berhenti melayan dan meraikan golongan yang malas berfikir dan berubah, cukuplah! Daripada kita uruskan agama ini hanya untuk kepentingan mereka, baiklah kita seru kepada mereka supaya rajin berfikir. Kalau rasa keliru dengan apa-apa perkara, bacalah, tanyalah, kajilah. Itu ubatnya. Bukan perkara agama yang perlu jadi statik hanya kerana meraikan puak2 ini. Saya sudah cukup letih!

Pihak agama pun satu hal. Kenapa rajin benar untuk haramkan buku-buku? Kalaupun buku-buku itu bercanggah dengan agama, lawanlah dengan buku juga, dengan ilmu juga. Bukan hanya dengan kuasa. 

Kalau nak guna kuasa, kenapa tak haramkan juga filem2 yang jelas2 bersalahan dengan agama? Tidak menutup aurat, gejala sosial yang melampau, rancangan2 tv yang jutaan banyak bertentangan dengan agama, majalah2 yang entah apa-apa tu,kenapa tidak haramkan? 

Saya kira jawapannya ialah kerana rancangan tv itu semua dikhaskan untuk mereka yang malas berfikir. Jadi tak mengapa. Manakala buku2 ini, untuk mereka yang rajin berfikir, jadi tak boleh. Agama di Malaysia ini kan memang khusus untuk mereka yang malas berifkir! 



No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...