Sunday 17 June 2012

Short Notes on Hadis Dhaif


Hari ini mari kita belajar sedikit tentang hadis dhaif. Adakah semua hadis dhaif tidak boleh diamalkan? Dahulu saya belajar dalam PQS, hadis dhaif boleh diamalkan tetapi tidak boleh dijadikan hujah. Benarkah?

Kata sarjana, ilmuan itu ialah keupayaan seseorang untuk membezakan sesuatu yang orang lain tidak dapat bezakan, dan menyamakan sesuatu yang orang lain melihatnya berbeza.

Sebagai contoh, doktor mampu membezakan berbagai2 jenis demam. Demam denggi, demam kuning, dsbg. Sedangkan orang awam hanya melihat demam sebagai demam.

Begitu juga ahli dalam bidang hadis. Mereka dapat membezakan hadis sahih, dhaif, hasan, dsbg. Sedangkan orang awam melihat semua itu sebagai hadis.

Apabila kita demam, kita merujuk kepada doktor. Apabila kita mahu mempelajari agama, rujuklah kepada ahlinya.

Secara ‘surface’nya (nak detail kena belajar lagi), hadis dhaif dibahagikan kepada 2, iaitu 

·         Dhaif kerana dipertikaikan INGATAN rawi nya
·         Dhaif kerana dipertikakan PERIBADI rawi nya

Dhaif kerana dipertikaikan ingatan rawinya ialah hadis dhaif yang biasa dan masih boleh diamalkan jika :

ü  Untuk targhib dan tarhib
ü  Jika sudah ada asas dalam syariat quran dan hadis sahih yang lain
ü  Tidak kontradik dengan asas agama

Contoh : kelebihan solat Dhuha, kelebihan qiyamullail.

Solat Dhuha dan Qiyamullail memang sudah disunatkan dan dalil nya sudah terdapat dalam al Quran dan Sunnah. Jika ada hadis dhaif yang bercerita tentang kelebihan solat dhuha dan qiyamullail, maka ia boleh digunakan untuk menggalakkan manusia beramal. 

Imam Nawawi, Ibn Hajar Asqalani, dan al Iraqi mengatakan boleh menggunakan hadis ini untuk menggalakkan beramal, tetapi tidak boleh disandarkan kepada Nabi dengan menggunakan ‘Nabi berkata...’ tetapi sebaliknya gunakanlah ‘dikatakan...’.

Bagaimanapun, jika kelebihan itu melampau dan kontradik dengan asas agama, maka ia tetap ditolak seperti kelebihan solat terawih yang dikatakan menyerupai pahala nabi-nabi tertentu.

Kata Ibn Qayyim :
‘Seakan-akan pendusta yang keji ini tidak tahu bahawa manusia selain nabi jika menyembah Allah sepanjang umur Nabi Nuh pun, tidak akan dapat satu pahala seperti pahala Nabi pun.’

Tidak mungkin perjuangan Nabi yang diuji dengan hebat itu disamakan dengan solat sunat manusia biasa.

Begitu juga dengan hadis dhaif yang mengatakan sahabat Nabi, Abdul Rahman B Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak hanya kerana beliau mempunyai harta yang banyak.

Perkara begini mengancam asas agama yang mahukan setiap individu maju dan mempunyai ekonomi yang hebat. Maka, jika hadis-hadis begini disebarkan, umat akan mundur.

Manakala, jenis kedua, dhaif kerana dipertikaikan peribadi rawinya ialah dhaif yang sangat dhaif (syiddatul dho’fi). 

Syiddatul dho’fi pula ada dua bahagian iaitu : 

-          Rawi nya dituduh berbohong
-          Rawi nya memang seorang pembohong.

Hadis dhaif jenis ini masih belum saya pelajari dengan lanjut. ;) Saya kongsikan pada masa hadapan. Jumpa lagi ;)

Eh sebelum tu, janganlah terlalu syadid sehingga semua hadis dhaif tidak mahu kita dengar dan hukum sesat. Jangan pula terlalu tidak teliti sehingga menyebarkan perkara2 yang tidak ada punca. Jadilah kita di pertengahan. Kesederhanaan itu lebih menghampiri kesempurnaan.



No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...