Friday 25 November 2011

Meredah Payah.

Hidup yang kita meniti di atasnya bukanlah sentiasa selesa. Nikmat boleh bernafas pun belum cukup kita syukuri, apatah lagi untuk menerima nikmat2 keselesaan sepanjang masa. Layakkah kita untuk Tuhan memberi selesa? Bertimbun sudahkah amalan kita sehingga Tuhan perlu ‘melayan’ kita dengan keselesaan sentiasa? 


Bukan menafikan untuk memohon kesenangan dari Tuhan, tetapi janganlah sering merungut dengan kepayahan. Kerana sebenarnya kita memang layak diberi kepayahan pun.

Berdepan kesulitan dan kepayahan, jiwa akan sentiasa mengeluh. Namun memikirkan ini ujian, hati yang punya iman akan tenang berdepan. Merintih di hadapan Tuhan kerana pahitnya ujian antara sumber ketenangan.


Adapun insan, apabila menghadapi kesukaran, akan tetap memberi kesan pada perasaan. Tidak salah untuk berasa sedih dan berasa diri diuji, kerana itu fitrah, tetapi susunlah strategi untuk menangani. 

Sampai bila pun, kita akan hidup dalam ujian. Jika di dunia tidak mahu diuji, pilihlah untuk mati! 


 Tidak lagi diuji, hanya dibalas apa yang dijanji.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...