Wednesday 30 November 2011

Golongan Hiperbola


Fakta sebenar :
Satu kejadian kemalangan telah berlaku di simpang jalan, menyebabkan luka kecil di lutut penunggang motosikal tersebut.
 Mereka menyebarkan :
‘Ada eksiden nu, patah lutut doh...’

Fakta sebenar :
Dengan menghormati kesarjanaan Imam Ghazali, terdapat beberapa hadis dhaif dalam kita Ihya Ulumiddin yang mungkin tidak disengajakan oleh Imam Ghazali rahimahullah.
 Mereka menyebarkan ;
‘Depa kata Imam Ghazali masuk neraka..’
‘Depa tu Imam Ghazali pun depa kutuk..’

Fakta sebenar :
Tidak ada satu hadis yang sahih mengatakan malam Jumaat baca Yasin. Tetapi ada hadis mengatakan surah Al Kahf sunat dibaca hari Jumaat.
 Mereka menyebarkan :
‘Depa kata haram baca yasin malam jumaat..’
Ini pun hiperbola dan melampau2!

Fakta sebenar :
Pendapat yang lebih kukuh mengatakan menyentuh wanita bukan muhrim atau isteri tidak membatalkan wudhuk.
Mereka meyebarkan :
‘Depa kata buleh sentuh pempuan bukan muhrim...’

Kemudian, yang mendengar tanpa menganalisis, yang mendengar sebelah pihak, makcik2 dan pakcik2 di kampung akan kata,
‘Ish ish..teruk no depa ni..kapiaq apo..’

So, how? What more we could do?

4 comments:

  1. "So, how? What more we could do?"
    Itu pentingnya seni dalam berdakwah..jika pendekatan itu boleh menimbulkan perpecahan, dan sangka buruk, ambillah pendekatan yg lebih baik, yg boleh diterima ramai...

    ReplyDelete
  2. good idea..and wish to see your seni first then we follow..

    pdektan berseni mungkin belum,tp pndekatan yg baik memang sentiasa diamalkan oleh 'pihak kami'..=)

    mana ada org suruh pi curi kasut tok imam yg buat tahlil kenduri arwah?
    ataupun curi buku2 yasin tahlil kt masjid tu..nope!

    ReplyDelete
  3. "pihak kami"????

    Baik ke kalau boleh bg kesan xbaik??kali pertama mungkin boleh dikira baik..tapi utk next pendekatan, ubahlah..ini tidak, bila dah dapat respon yg kurang baik daripada byk pihak, pendekatan yg lebih buruk pula diambilnya..em, 2x5 lah..

    ReplyDelete
  4. nk jgk guna 'kami'!

    Prinsip kami amat jelas. Hendaklah setiap orang itu beramal dengan ilmu dan kefahaman, bukannya bertaklid buta lalu taksub kepada perkara yang menjadi tempatnya bertaklid.
    Jika pegangan atau amalannya selama ini pada hakikatnya adalah sesuatu yang bersalahan dengan ajaran agama, sedang dia tidak menyedarinya setelah sehabis mungkin dia berusaha mencari kebenaran, maka ini adalah satu 'keuzuran' yang insya-Allah akan diberi keampunan oleh Allah s.w.t.

    Kewajipan kami hanyalah menyampaikan. Terserahlah kepada siapa jua untuk menerima atau menolak segala hujah yang telah kami tegakkan. Suatu yang telah disepakati oleh seluruh kaum muslimin bahawasanya tiada siapa jua perkataannya di dunia ini melainkan ianya boleh diterima dan ditolak kecuali kalam Allah dan sabda RasulNya yang mulia.

    kesan yg tidak baik boleh berpunca dari kedua2 belah pihak,si pemberi nasihat atau org yg menerima nasihat.

    [nmpak baik tak ayat2 sy?sy copy dr org lain sbnarnya..]

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...