Thursday 21 March 2013

Jangan Bunuh Maruahmu.



Saya pun hairan dengan perempuan. Begitu sekali gemar merendahkan maruah sendiri.

Ada orang kata, perempuan ada 9 nafsu, 1 akal. Maka perempuan pun mengangguk.

“Kita hanya ada 9 nafsu 1 akal..”

Mudahnya, saya tak mengaku saya ada 9 nafsu 1 akal. Tidak semudah itu.

Ada juga yang mahu jadi isteri solehah tak kena tempat.

 “Bukankah syurga isteri terletak pada suami..” begitu katanya.

Sekejam mana pun suami, mahu juga bertahan. Ada syurga di situ katanya. Saya kata, ada kebodohan di situ. Suami tu kalau jahat, dia pun tak boleh masuk syurga. 

“Kita ini dicipta dari tulang rusuk yang bengkok..”

Hadis yang menceritakan penciptaan kaum wanita daripada tulang rusuk ialah hadis yang sahih. ia perkara biasa sepertimana ALLAH menceritakan manusia dari tanah. Malangnya, ia sering dikonotasikan dengan konotasi yang merendah-rendahkan wanita. 

Padahal, jika diteliti hadis demikian, ia ditujukan kepada kaum lelaki supaya jangan sesekali berkasar dengan wanita. Nyata hadis itu mengangkat darjat wanita dalam Islam supaya dihormati.

Inilah padahnya apabila yang memberi tahu tentang Islam ialah golongan lelaki yang merendahkan perempuan, lalu dibaca berbagai dalil kononnya untuk meletakkan wanita pada darjat kedua.

Malang bertambah apabila wanita mengkufuri nikmat akal dengan hanya menerima apa sahaja yang disebarkan tanpa meneliti kesahihan.

Maka nampaklah Islam mendiskriminasikan wanita. Telah besarlah kanak-kanak dengan fahaman begitu. Telah tua lah remaja dengan melekatnya kesimpulan yang salah pada minda.

Tumbuh golongan NGO wanita yang mahu memperjuangkan perkara sebenar dalam Islam mengenai wanita. Tersebar pula mereka itu liberal, feminis yang menyanggahi Islam yang perlu diharamkan pergerakan mereka. 

Apakah ini semua?

Islam di Malaysia oh Islam di Malaysia.

-respon setelah membca 'Duhai Suami.'


No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...