Sunday 27 March 2016

Garis Pembeza

Garis Pembeza

Saya adalah orang yang sangat tidak berminat untuk mendengar cerita orang daripala orang lain.

Cikgu-cikgu selain kursus pengajaran abad 21, sangat perlukan kursus mengendalikan manusia-manusia rakan sekerja. Termasuklah saya.

"Awak tahu tak cerita Cikgu S tu?"

Runtuh mood saya kalau soalan spesis itu disua. Nak tak nak kena layan dengan akhlak mulia juga.

Saya memberi respon yang paling minimum. Supaya dia tahu, saya sungguh tak berminat nak dengar cerita-cerita sia-sia.

Bulan-bulan awal saya masuk ke sekolah, banyak betul 'nasihat' dari rakan-rakan guru tentang cikgu itu dan cikgu ini. Yang hakikatnya nasihat itu ialah hidangan yang meratah daging mentah.

Semoga Allah melindungi kita dengan diberi kekuatan untuk tidak bernafsu bercerita tentang orang.

Moleknya Islam seseorang itu ialah apabila dia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya.

Setelah bercerita keburukan orang,
"Akak bukan apa, cuba kita fikir, apa peranan kita?"

"Benda tu kan pentadbir dah tahu, pandai lah diorang tu." jawab saya ringkas.

Takkan peranan kita mengumpat dan bercerita sana sini pasal diorang pulak.

Kadang-kadang saya pun terfikir juga, apa garis pembeza antara kewajipan amal makruf nahi munkar dan kewajipan meninggalkan perkara yang tidak ada kaitan dengan kita?

Semoga cikgu-cikgu mengembalikan kemuliaan dan ketinggian pekerti seorang pendidik. Barulah murid berakhlak seperti yang kita harapkan. Kuncinya, sentiasa ada di tangan kita.

Menjadi peramah, tidak semestinya menjadikan orang sebagai pusat perbualan kita. Ada banyak perkara penting lagi. Saya jumpa ada beberapa guru yang saya sungguh senang berdamping dengan mereka. Mereka peramah, tetapi tidak bercerita tentang orang. Mereka berkongsi tentang diri mereka sendiri, masakan, baju, kucing, pintu pagar rumah dan banyak lagi. Kan banyak aje bendanya nak cerita selain orang.

Tapi saya masih belum jumpa orang yang nak cerita tentang manhaj, buku, atau program ilmu. Oh Tuhan, turunkan ia.

2 comments:

  1. awak la mulakan bercerita ttg apa yg awk suka..mana tahu nnti ada yg menyahut..

    ReplyDelete
  2. Itulah. Mungkin begitu perlu. Tapi macam tak sesuai pulak dgn diorang.

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...