Sunday 21 August 2016

Manhaj Salaf lebih mudahkah?



Mungkin ada yang menyangka ramai-ramai ikut manhaj salaf ni mesti sebab nak benda mudah. Ya, manusia mestilah nak cari yang lebih mudah, tapi tidak bermudah-mudah. Nabi pun apabila ada 2 pilihan (yang kedua2nya halal), baginda akan pilih yang lebih mudah.

Tapi betulkah manhaj salaf ni atau so called being a Salafi; lebih mudah?

Okay, saya bagi contoh ya.

Sejak 2005 saya baca tulisam drmaza, 2009 saya follow youtube dan kenal ramai asatizah lain. Mereka, sangat tekankan tentang solat jemaah di masjid bagi lelaki. Sehingga saya nampak kecenderungan mereka untuk memilih pendapat wajib berjemaah itu sepertinya ada. Jadi, saya beranggap orang lelaki kalau tak berjemaah di masjid ni kiranya tak cukup salafi lah.

Masa saya ke Seminar Solat baru-baru ni, Ustaz Fahmi (pembentang) bertanya kepada audien, apakah hukum solat jemaah bagi lelaki. Ada seorang peserta lelaki yang masih muda mengangkat tangan dan menjawab ia merupakan fardhu ain yang wajib bagi setiap lelaki..! Saya ingatkan saya sorang je yang rasa-rasa macam tu (mungkin sebab saya perempuan), rupanya ada juga lelaki salafi yang berpegang pada pendapat tu. Beliau mengemukakan hujah hadis nabi yang ingin membakar rumah sahabat yang tidak berjemaah di masjid. Ustaz Fahmi tu pun terkagum sebentar, sebab peserta tersebut memilih pendapat itu.

Jadi, point saya di sini ialah, tak ada lah sebab mudah juga orang memilih salafi ni.

Yang kedua, puasa qadha dan puasa ganti. Dulu-dulu saya berpegang boleh digabungkan. Kan senang. Tapi bila dah belajar dengan ustaz-ustaz salafi ni, pendapat yang tidak gabung lebih kuat pula. Jadi saya yakin yang itu. Terpaksalah pegang yang itu. Kalau dah yakin dan jelas pendapatnya lebih kuat begitu, tiba2 kita berpegang pada yang lemah hanya kerana mudah, itu dipanggil tatabbu’ rukhas (bab inilah yang saya geram kat seorang ustaz kat seminar berbayar yang saya hadir, tapi bagi jawapan semua talfiq tu tatabbuk rukhas. Pastu nasihat saya focus bidang sains. Geram je rasa..)

Ha, jadi, bukan juga senang pun kan?

Lagi, dalam manhaj ni, perempuan haidh boleh baca quran. Jadi, sebelum ni kalau haidh, relaks aje la. Ini tak boleh la nak relaks.

Dan banyak lagi sebenarnya amalan2 sunnah yang sangat ditekankan oleh para ustaz/ah kami. Berbanding dulu-dulu sebelum kenal manhaj ni, banyak yang tak tahu.

Sebenarnya, kita ini ummat Nabi Muhammad yang memang akan ada cinta kepada baginda. Semua itu tak perlu diterangkan kerana saya rasa mesti semua orang akan ada, cuma perlukan sentuhan yang tepat saja untuk kita sedari dan nikmati perasaan tu. Sebab tu kita tengok kalau ada agama lain hina Nabi Muhammad, cepat saja ramai yang protes. Walaupun kadang2 orang yang protes tu tak ada lah amal sunnah mana pun.

Sepanjang jadi mad’u ni, saya dapat rasa pendekatan yang berbeza lahirkan kesan yang berbeza. Dulu bila ustaz cakap buat perkara itu ini sunat, kita rasa biasa saja. Apatah lagi sunat tu maksudnya kalau buat dapat pahala, kalau tak buat TAK APA JE. Jadi, kita pun tak ada lah rasa teruja nak buat. Biasa-biasa saja.

Tapi bila kita gunakan pendekatan, perkara ini nabi buat dan nabi suka kalau kita buat. Kan lain bunyinya tu. Apatah lagi kalau kita takrifkan sunat tu, kalau buat dapat pahala, kalau tak buat, RUGI LA. Keterujaan untuk buat sunnah tu akan ada. Sebab, di situlah titik cinta pada Nabi dalam jiwa yang boleh kita sentuh.

Orang selalu nampak, manhaj salaf ni suka cari pasal, cari gaduh dan nak bincang hal khilaf je. Tapi saya rasa tak juga, ya mungkin sesetengah ustaz ada yang bersikap begitu. Tak semua. Kalau boleh saya sebutkan nama ustaz2 yang banyak ajar saya amalan2 sunnah dan mereka tak terkenal dengan suka cari gaduh pun.; Ustaz Sallehuddin Abu Samah, Ustaz Umar M.Noor, dan Dr Zahazan. 

Banyaknya pahala mereka kan..mereka ajar amalan2 sunnah yang simple2 je, tapi kadang2 kita tak pernah tahu pun. Ada juga yang dah lama tahu, tapi tak buat, tapi bila mereka terangkan nabi buat dan ganjaran2 yang diperolehi, barulah rasa nak buat.

Saya bukan apa, macam politik jugak. Kalau kita asyik dengar tv3 je, memang la nampak UMNO semua baik, pembangkang semua salah. Sama jugak kalau asyik baca Harakah je.

Benda ni pun sama, kalau kita ‘dengar-dengar’ dari orang je, memang kita tak akan nampak perkara sebenar. Sebab tu kita kena dengar pelbagai pihak. Saya dengar je semua ustaz kat youtube tu. Tapi kalau ustaz yang hentam salafi ni, mesti hujah dia tu saya boleh counter. So nak buat macam mana kan..haha. sama juga walaupun drmaza marah sangat kat faisal tehrani, tapi saya baca je novel dia. 

Semua itu sebab kita ini ada akal. Tuhan bagi suruh guna, bukan suruh simpan.

Nak marah juga sebenarnya kalau orang tak tahu menahu lepas tu nak mengata2 pada manhaj salaf. Semua ni sebab baru dengar kuliah ustaz yang hentam wahabi sebenarnya. Kan dah berjaya hasilkan tulisan panjang setelah sekian lama tak menulis. Ayat pun dah tak proper. Tua2 ni malas pula nak susun ayat canggih2.







No comments:

Post a Comment

Terik Kering

Hari ini kelas saya 12.55 hingga 2.40.  Sambung lagi 3.00 - 3.25, kemudia akhir 3.50 hingg 4.40 petang. Cuaca meyimbah panas yang menyengat....