Sunday 12 June 2016

Ramadan Tiba

Hari pertama bersekolah dalam bulan Ramadan. Sepanjang Ramadan, kami diberi keistimewaan untuk pulang awal. Seawal  5.30 petang kelas sudah tamat dan guru-guru boleh pulang.

Usai siapkan semua barang, saya bergerak menuju ke kereta. Kereta dipandu keluar dari sekolah dan Waahhh jem nyaaaa..

Kereta berpusu-pusu dari kedua-dua arah. Mungkin semua orang balik masa serentak dan semua kalut nak balik berbuka.

Saya memandu perlahan dan berhati-hati sambil minda ligat berfikir menu buka puasa. Rasanya mahu ke bazar Ramadan taman perumahan saya. Jadi saya terus membelok ke sana.

Sekali lagi saya terkejut. Ramainya manusia dan kereta bersesak beratur. Sampai ke hujung jalan kereta diletak. Manalah ruang untuk kereta saya. Saya memandu terus tanpa berhenti pun di bazar. Tidak lah saya gemar suasana sesak dan himpit-himpit begitu.

Perasaan mula teringatkan rumah. Kalau di rumah rasanya saya memilih untuk masak sahaja. Tapi di rumah sewa ini, malas nya lain macam. Saya berfikir-fikir nak makan apa berbuka ni?

Kereta saya pandu tanpa tuju. Melihat sekitar kalau-kalau ada gerai. Di tepi jalan ada juga yang buka gerai, cuma banyaknya jual air dan kuih.

Saya nak beli nasi je. Kuih saya tak nak, air saya buat sendiri kat rumah. Tak kan la nak balik masak nasi. Dah la lauk pun tak ada dalam peti.

Mujurlah nampak gerai yang sederhana besar sikit kat depan tu. Saya terus berhenti. Okay, jual nasi ambang je. Yang lain kuih dan air.

Saya memang tak berapa nak selera makan nasi ambang. Tapi tak apa lah, demi nasi.

Saya minta nasi separuh dan saya kecualikan mee goreng dan serunding. Saya hanya minta nasi putih, ayam dan ikan masin.

Alhamdulillah. Kenyang juga.

[Sebenarnya, saya menulis ni sebab saya tengah tunggu SAPS loading untuk betulkan markah anak murid saya. Saya tak tahu bila SAPS ni nak cepat. Dari petang tadi di sekolah loading. Wahai KPM, sistem apalah yang korang buat ni? Dah habis cerita saya tulis pun masih loading. Nampaknya kalau buat novel tebal pun siap ni.]

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...