Wednesday 21 September 2011

Biar Islam Menjadi Pilihan.



Saya risau dengan keadaan ini.

Banyaknya rekaan manusia terhadap agama ini.

Bagaimana muda mudi memandang Islam?

Bagaimana non-muslim melihat Islam?

Mereka dipamerkan dengan Islam yang bukan sebenar, tidak hairan ramai yang tidak memilih Islam.

Mereka hidup dalam pengamalan Islam yang salah, kerana itu timbul Islam kolot, Islam tak logik.

Susah kah mahu membuang semua perkara ini?

Adakah dengan alasan masyarakat akan berpecah belah, maka kita perlu diamkan semua ini?


Bukan tanpa tujuan mahu mengubah. Bukan suka2 hati mahu mencetus perbezaan. Tapi agar Islam menjadi pilihan. Agar ritual yang bukan dari Nabi tidak susah payah diamalkan. Agar generasi depan  tidak mempersoalkan sesuatu yg sebenarnya tidak ada pun. 

Bukan mengubah Islam, jauh sekali mencipta agama baru. Tapi, mengubah pengamalan Islam menjadi lebih sejati, lebih tepat seperti Nabi.

Itu sahaja. Apa masalahnya?

Berlapang dadalah menerima beza. Buanglah ego yang merasa diri sentiasa benar tanpa cela. Cukuplah berebut pengaruh agama. Berhentilah merasa diri seorang berkuasa pada agama. Kita semua pejuang yang sama2 berjuang atas nama Islam. Perbezaan ini bukan berbeza Tuhan pun, bukan berbeza Nabi, kita telah pun bersatu atas 1 tunjang yang kukuh iaiatu LA ILAH ILLA ALLAH MUHAMMADU RRASULULLAH.

Dalam buku Pesanan Untuk Orang-Orang Berdosa tulisan Dr Aidh Abdullah Al Qarni, ada menyatakan Allah menginginkan amalan2 yg terbaik dari hambaNya.  Berdasarkan ayat dalam surah al Mulk, 

“liyabluwakum ayyukum ahsanu amala”. Yg bermaksud “untuk menguji siapa antara kamu yg paling baik amalannya”

Allah tidak menyebut yang paling banyak amalannya, tetapi yg paling baik amalannya. Ini menunjukkan Allah mahukan kualiti amalan, bukan sekadar kuantiti. Amalan yg berkualiti menurut Dr Aidh ialah amalan yg MURNI dan BENAR. 

Murni merujuk kepada keikhlasan amalan hanya untuk ALLAH.

Manakala benar merujuk kepada kebenaran amalan mengikut panduan Rasulullah, bukan direka2.



Fikirkan tentang survival Islam.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...