Saturday 10 September 2011

4 bulan sudah.


Dengan nama Allah..

Sunyi sekali pagi ini. Terlalu sunyi. Saya sendiri di rumah. Mungkin begini perasaan Mama apabila sendiri. Sunyi. 

Suasana raya baru-baru ini riuh sekali. Kanak-kanak berkejaran bermain malah bergaduhan juga. Ia memberi jutaan warna untuk dirindui. Yang dewasa pula berhujah berdebat. Memberi pendapat dan berkongsi ilmu. Begitu kemesraan dizahirkan.

Dan, apabila semua yang digauli terpaksa pergi, yang sendiri di sini akan sunyi. Udara bisu di rumah yang menemani. 

Saya seperti  ingin bermimpi, bahawa saya masih lama di sini. Bukan hanya tinggal 2 hari cuti untuk dinikmati. Oh, saya masih mahu bercutiiiiii!!!

Bayangan USM ada dimana-mana. Di bilik, di dapur, di hadapan TV. Saya perlu akui, 4 bulan sudah berlalu-dari Nasih yang masih dalam kandungan, sehingga si comel itu sudah pandai tersenyum sekarang.

Pagi Isnin ini, saya ialah seorang pelajar tahun 3, Sains dengan Pendidikan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM. 

*saya minta maaf banyak4 pada k.ti sebab terpaksa cancel our plan today, as it differs with our earlier plan. There’s nobody fault..
*rasa sgt sedih sbb nak kena pergi penang dah...:(


2 comments:

  1. Saya maafkan...:-)

    Apapun, selamat kembali bergelut dengan segala macam nota, tutorials, assignments and many more. Hope you'll enjoy it!!

    I'll pray for your success my dear sis.

    ReplyDelete
  2. bergunung2 terima kasih my dear sista!!

    inshaAllah, sy akan enjoy di sini. sgt2 enjoy..huhu..
    *smg kalkulus menjadi indah seindah hidup sy..*

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...