Thursday 27 September 2012

Melampau Kerana Sayang?



Serpihan pemikiran ini saya cantum akhirnya.

Pertamanya, blog ini bukan dijadikan rujukan. Jadi, saya boleh tulis semua yang saya suka. Walaupun orang lain tak suka.

Keduanya, ‘jangan pandai2 nak bagi pendapat’ sudah saya balas dengan ‘tak payah la baca’. ;p

Marah kah apabila Nabi kita dihina? Bagi yang ada iman, tentulah. Lagi anak kucing kecil kita jika diburuk-burukkan pun menghadirkan marah, apatah lagi insan mulia junjungan kita.

Islam pun tak menyekat fitrah. Kalau sudah marah, bagaimana mahu menipu jadi cool? Tapi Islam ajar bagaimana kawal rasa marah. 

Sekali lagi, kita kalah dengan emosi. Emosi di depan, kita tuntun di belakang. Nyut..nyut..nyut.

Maaf kalau saya kata, umat Islam hari ini kebanyakannya, apabila dijolok menggelupur, apabila dibiarkan, tertidur.

Di Tingkatan 3, saya diajar oleh Teacher Aida, violence is always can’t be against with violence.

Bagi saya, kalau dah tak pandai semua cara lain untuk pertahankan Nabi, demonstrasi (yg terdedah kpd segala keburukan walaupun dinamakan aman) masih bukan caranya.

Lebih baik diam. Kata Imam Syafie, bila orang bodoh bercakap, jangan kamu jawab, sebaik-baiknya diam.

Sam Bacile itu kan bodoh. Sudah beberapa jenayah dilakukannya. 

Apabila dia gambarkan Muhammad terrorist, kita berteriak bukan, kita mengangkat sepanduk tangan kanan menafikan tuduhan, tapi tangan kiri mengganas di sepanjang jalan. Apakah?

Bukan isu haram, haram, haram demonstrasi ulama UMNO, tapi isu reaksi kita apabila berhadapan provokasi sebegitu. Sekalipun kerana sayang, jangan melampau.

Bagi yang punya autoriti dan ilmu, hasilkan lah sesuatu untuk membela Nabi kita.

Violence: A vehicle sits smoldering in flames after being set on fire inside the US consulate compound in Benghazi late yesterday

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...