Wednesday 11 January 2012

Pilihan Saya di Pilihan Raya.



Kerana saya sudah cukup umur untuk mengundi, dan telah pun daftar mengundi, maka saya pun boleh la menulis tentang politik. Biarpun nama saya masih dibantah. Ini keputusan semakan nama saya di laman web SPR



Saya buta parti. Jika baik, katakan baik biarpun dari pihak mana, jika buruk katakan buruk biarpun dari pihak mana. Tidak berpendirian kah begitu? Pendirian saya berpaksikan hak dan batil, bukan berpaksikan parti.

Banyak pandangan tentang dunia politik. Pertama, yakin dengan jitu bahawa UMNO perlu ditumbangakan, perlu diganti dengan PR. Itulah matlamat, itulah tujuan. Biar bagaimana cara sekalipun, asalkan UMNO tumbang. Asalkan Bukan UMNO (ABU) ! Manakala, Orang Kuat UMNO dilgelar OKU. Hehehe...

Kedua, UMNO tidak boleh tumbang, jika tidak, Malaysia akan jadi seperti Singapura. Dipimpin mereka yang bersifat perkauman, memusuhi Islam. Jadi, hanya perlu dibaiki UMNO dari dalam, dasar dan cara pemerintahan, bukan menumbangkan. 

Ketiga, UMNO perlu berkuasa. Kerana jasanya telah banyak diberikan. Kemajuan dicapai jasa UMNO. Kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Memberi undi kepada UMNO adalah sama  dengan menjaga keamanan negara. Kita mahu hidup lama dengan aman begini. Pembangkang hanya menyebabkan perpecahan. Malaysia telah aman, bersyukurlah!

Dalam banyak2 pandangan, pandangan ketiga paling kelakar. ( Paling tak boleh blah! ) Saya rasa mahu saja beri buku motivasi kepada mereka yang menganut pendirian nombor 3. Syukur mereka  tidak kena pada tempat. Mereka takut untuk berubah. Penakut! Seperti sesetengah orang takut untuk mengubah pengamalan agama di Malaysia, takut nanti berpecah katanya. Pelik benar. ‘ghatey mano ppecoh nyo?’ Ramai nya, orang Melayu pedalaman lah yang berfikiran begini. Dan malangnya saya tengok di Facebook, ramai pula pelajar2 USM yang berfikiran begini. Adodododo.. malu saya untuk mengaku satu U dengan mereka. Apa USM ni teruk sangatkah sehingga ditempatkan orang2 sebegitu di sini? Lembik sungguh. Sempit. Kesian.

dia pun tak taksub. yg bwh ni lebih2 pulak.

Jika ada kalangan nombor 3, saya nasihatkan bacalah buku2 motivasi agar diri anda maju. Fikiran anda terbuka. Minda ada tidak jumud. 

Pada saya, masuk UMNO tak lebih baik atau lebih buruk dari masuk PAS. Sama sahaja. Cuma UMNO telah banyak nampak buruk kerana lama memerintah. PAS pula belum memerintah Msia. Kalau nak masuk UMNO, masuklah untuk ubah mana yg patut dalam UMNO. Jgn masuk sebab nak promote alasan nombor 3 tu, buruk benar rupanya. Kalau nak masuk PAS, janji lah supaya kalau dapat kuasa, buat betul2 nanti jadi paku dulang paku serpih.

Sekian. 



The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort, but where he stands at times of challenge and controversy.
Martin Luther King, Jr.


3 comments:

  1. "Jika baik, katakan baik biarpun dari pihak mana, jika buruk katakan buruk biarpun dari pihak mana."

    Menerusi entry ini, anda gagal membuktikannya kerana, anda masih tidak dapat menyembunyikan kecenderungan anda pada salah satu pihak..hehe..jangan marah..

    ReplyDelete
  2. oh, kebetulan saya online di kala anda komen. perkataan 'anda gagal' itu saya suka. bagus. sila kata lagi, lagi dan lagi!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkara negatif tidak boleh diulang-ulang. boleh mempengaruhi tindakan kita..hehehe..

      Delete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...