Sunday 21 April 2013

Nasihat



Kalau tidak ada siapa yang mahu mendengar, biarkan sahaja tulisan ini di sini, moga termasuk dalam menunaikan arahan ‘ballighu anni walau aayah..’

Untuk kalian yang berjuang, berlakulah adil. Jika pihak sana tidak boleh memetik kata sekerat-sekerat, maka kita pun janganlah mengerat-ngeratkan kata pihak lawan untuk memenuhi nafsu berkempen kita.

Jika kalian berjuang atas padang bangsa, maka lakukanlah apa sahaja, kerana bangsa tidak ada garis rasmi apa yang boleh apa yang tidak. Saya juga tidak ada masa menasihat. 

Tetapi jika kalian mendakwa berjuang di atas padang agama, dan membawa bendera agama, nama agama, maka BERHATI-HATI lah. Kerana apa yang kalian bawa itu adalah agama saya. Maka saya marah jika kalian membawa dengan cara yang salah. Orang sedang memandang bagaimana orang agama berkempen. 

Kita marah orang perempuan tidak menutup aurat – kita kata, mereka tidak mampu mengawal nafsu untuk berhias dan berfesyen sehingga melanggar hukum Tuhan.

Kita marah orang berzina – kita kata, mereka tidak ada iman untuk menghalang perbuatan keji.

Tak apa, ALLAH tidak menguji kita dengan nafsu untuk membuka aurat dan berzina, mudah kita berkata kepada mereka.

Tetapi ALLAH uji kita dengan nafsu untuk mendapatkan kemenangan dengan apa cara sekalipun. ALLAH duga kita dengan melihat keburukan yang melampau di pihak lawan sehingga menjadikan kita tidak adil dalam menilai. ALLAH uji kita dengan nafsu untuk berkata buruk, mengeji, dan mencari-cari kesalahan manusia lain.

Semua ini ujian dari Tuhan yang sama, pembalasan dari Tuhan yang sama juga.

Melihat sama-sama orang agama saling menuduh, saya tidak lagi rasa marah dan benci, tetapi saya rasa sedih yang amat. ALLAH mahu uji bagaimana pula untuk umat hari ini?


Saya menghormati pilihan kalian. Pilihlah apa pun, ini negara demokrasi yang tidak ada sesiapa boleh menghalang pilihan orang lain.

hiasan semata-mata...;)


No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...