Sunday 29 April 2012

Malaysia yang Aman.

Naluri manusia tidak pernah sukakan kerosakan, peperangan dan huru hara.

Dalam alQuran pun bila Allah suruh perang, Allah kata 'walaupun kamu tak suka..'

Maknanya, semulajadi, manusia tidak suka kan peperangan. Keamanan itu lah yang insan cintai.

Namun, apabila ada perkara yang tidak adil berlaku ke atas diri, manusia mungkin boleh bersabar jika ia tidak melampau.

Tetapi apabila hak sudah diambil, apabila diri rasa dizalimi, naluri insan juga ada perasaan untuk mempertahankan hak. Reaktif. Manusia bukan gas lengai yang tidak bertindak balas!

Jika jalan mempertahankan hak secara aman tidak didengar, maka insan akan jua bangun menuntut hak. Itu hukum alam yang sangat mudah difahami.

Saya tidak kisah pemerintah mahu keluar apa statement sekalipun, kerana mereka mungkin bukan tahu sangat baca Quran dan Hadith. Mereka tidak rasa apa yang rakyat rasa. Jadi, putarlah cerita, tipu lah berita dari pemerintah pun, itu sudah perkara biasa, Kerana tabiat mereka itu memang begitu.

Tetapi yang saya hairan, ada juga rakyat yang sangat tidak tahu, tidak rasa dizalimi. Apakah mereka lengai?

Yang lebih menyayat hati nurani, ada ustaz dan ahli agama yang juga lengai.

Saya rasa tindakan ganas demonstran itu, masih belum GANAS dibandingkan dengan RAKUS nya pemerintah!

Walaupun tindakan demonstran itu tidak tepat, tetapi kerana saya sudah terlalu muak dengan hipokrit manusia, maka ijtihad saya mengharuskan. (apakah?)

Jangan jadi hipokrit dengan berkata dosa seorang yang memusnahkan kereta polis itu lebih dahsyat dan perlu diwar-warkan berhari-hari (mungkin sampai PRU nanti) dari dosa seorang pemimpin yang tidak adil.


'Malaysia ni dah cukup aman. Besyukurlah..'

Encik, Tuan, Dr, Ustaz, apa tanda kita bersyukur?

Duduk rumah mengadap laptop mengata kat BERSIH? Oh itu tanda bersyukur rupanya...

Itu tanda kita tidak bersyukur kerana tidak menggunakan akal untuk menganalisis, tidak menggunakan hati untuk merasa dalam-dalam,dan membiarkan diri terus dizalimi. Nikmat akal tidak kita syukuri kerana tidak kita optimum kan penggunaannya.

Sekarang siapa yang bersyukur dan siapa yang tidak bersyukur, tuan?


jika pemerintah tidak tahu memandang, Allah telah lama memandang usaha mereka untuk kesejahteraan anak2.


Boleh tak kalau wajibkan polis belajar sampai university? 
p/s Polis,
Awat la hang rajin sgt nak p melayan puak2 tu, ce hang wat bodo je.. x payah layan..lagi cerdik kalau x payah turun pun, biar je diorang jalan. Mesti perhimpunan tu x best, dan tak jadi pun. Sebab diorang melalak sorang2..Diorang lg rasa best kalau polis kacau la.Pikir2...(sambil letak jari kat kepala polis) Tu pun nk kena ajar ke? Haih, orang sokong BERSIH jg nk kena ajar polis. Orang suruh belajar tinggi2 dulu x mau..


Ramai polis dan askar yg merokok kan?  Macamana nak jaga keselamatan negara, kalau keselamatan diri sendiri pun dia x jaga? (out of topic)











No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...