Sunday 29 April 2012

BERSIH 3.0

Oh..kalau kita kata kerajaan zalim, rasuah, pilihanraya x adil ditanya pulak 'mana bukti?'

Yg dia kata ulama pembangkang duk sebaris dengan pejuang seks songsang dan murtad tu x tanya ke hati yg suci murni tu buktinya mana?

Susah berurusan dgn salafi literalis ni.

Tang orang je minta dalil dan bukti, tang depa relax je keluar statement..haih..kata sunnah sangat.

Duk kata la demonstrasi tu haram. Duk wat mai la dalil segala macam. Walaupun benda tu ada ulama yg x haramkan. Maknanya ada 2 pendapat.

Tapi, tak pula dorang nak keluar statement rasuah tu haram, x adil tu haram, riba ptptn tu haram. padahal yg tu semua ulama sepakat kata haram, bang oiii..

Bila ditanya dah nasihat kerajaan ke belum, dikatanya 'siapa awak sampai kami nak kena laporkan pd awak setiap kali kami bagi nasihat pada kerajaan?'

oh man...kami RAKYAT ok..pi belaja sains politik tengok apa hak rakyat. Susah jugak kalau duk belajar tajuk bid'ah je puak2 ni.

Konon suci sangat sampai nak nasihat orang pun kena sorok2, takut aibkan orang. Haih, yg hang duk mengata pembangkang depan2 media tu apa kes? Apa pembangkang ni bukan orang ke, arnab? Tak ada aib?

Tp masih ada literalis yg berakhlak mulia (kesian plak aku panggil literalis), walaupun x setuju dgn demonstrasi, x da la nak mengata2. Bagus la.

Tiba2 jd respect terlebih pula dekat Ust Haszrizal dan Us Husni yg berani pergi BERSIH dan declare lagi. Emm, baru macho...


Serius x suka dgn ulama UMNO yg melampau, yg x profesional. Nak sindir2, mengata2 org, yg wat mai dalil tu boleh la tahan..ni main macam budak2, kata ulama sgt..




No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...