Wednesday 18 April 2012

Aliran Tajdid Sudah Bertukar Menjadi Tabdi'?

Dahulu dia lah tokoh sunnah di Malaysia. Dia lah pencetus bahtera perubahan. Dia lah ulamak. Tetapi apabila ada pendapat yang tidak sama hari ini, terus dilabel pembunuh sunnah. Mudahnya! Sungguh, yang banyak berkata2 dengan mudah ini selalu nya ialah mereka yang tidak memimpin, yang ‘chokia-chokia’(baca dgn loghat utara, sengau di hujung). Manakala pemimpin dan ketua biasa nya lebih cool dan macho. Ahaha..

Lihat komen Ust Fathul Bari.

Pandangan tetap pandangan. Usah dimanipulasi dek kerana kecenderungan terlampau. Ana adalah antara yg bersetuju bahawa Dr Maza adalah pencetus kepada perubahan minda. Dari kejumudan kepada keterbukaaan, dari konservetif kepada tajdid. Pada masa yang sama, beliau juga manusia yg ada kecenderungan dan naluri. Mungkin idolanya adalah Dr Yusof AlQaradhawi. Mungkin bg kami Dr Rabi' almadkhali. Namun, perbezaan Ini dihiasi dgn pandangan2 ilmiah, kritikan dan kesediaan utk dikritik.”

berbeza tapi boleh je bersama..contohilah.

Dr Fadlan pula ;

“Smg Allah merahmati kekanda Dr MAZA, walau tdkku setuju dgnnya dlm bebrapa perkara, tetap kusanjunginya sbg seorg pencetus Sunnah d M'sia...
Ada kalanya memaafkan lebih baik daripada memanjangkan sengketa. Diriku lebih selesa begitu, namun terpulang kepada sahabat2ku membuat perhitungan.
"tiada terdapat kelembutan pada sesuatu perkara kecuali akan mencantikknnya" :-)
Bila berinteraksi dengan golongan Yahudi yg celuparpun Nabi SAW masih lagi berlembut, apakah kita lebih mulia daripada Nabi SAW Dan Dr MAZA lebih haprak daripada Yahudi di zaman Nabi SAW?

Fikir2kanlah wahai teman.

Ana memang tidak setuju dgn beberapa kesilapan ilmiah Dr MAZA, tapi Ana lebih suka bersemuka dengan beliau.
Bukankah ini yg diajar oleh Nabi SAW?

Macho kan? Kan?  Ahaks..=)

Manakala yang chokia ni ;
dulu dia mmg pencetus sunnah..sekarang ia seakan2 "pembunuh" sunnah...moga kita doakan beliau..”
Daku hairan maza dilabel muhaddith malaysia? Bila menjadi mufti ku lihat dia umpama pejuang, bila menjadi peljr oxford unvrsiti, dia ku lihat sudah terbuang sbgai seorg salafi..!!

Aliran tajdid sudah bertukar menjadi tabdi'..!

Macam-macam ngat aih..kalau depa baca ni mesti marah gila kat aku ni, budak kecik mana la nak menyibuk pasal sunnah2 ni..haha..watever. saya pun ummat Muhammad jugak.

ps ; chokia ialah bahasa loghat. Mengikut Us Azhar Idrus, loghat tidak dikira kasar. Hihhii.. 


gambar hiasan.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...