Wednesday 12 October 2011

Muttaqi.


Gembira sejuta menerima berita
Menggambar esok yang lebih sempurna
11 tahun Mama mu menunggu setia
Dan Allah pun memberi kurnia..
Bahkan seluruh lautan tidak tergambar sayang
Bilangan nafas penduduk dunia pun bukan ukuran
Cinta dan sayang tidak pernah ada nilaian
Rahmah Tuhan rupanya terlalu dalam.
Nafas pertama di ribaan bonda
Bermula cerita sarat kasih dan cinta
Kelihatannya tenang dalam dakapan
Namun kau amanah berat dari Tuhan
Kau letak tanggungjawab pada pundak
Untuk dipikul dengan cermat
Walau tanpa rehat asalkan kau selamat
Bila nanti engkau bisa terbang
Jaga diri jangan sampai tidak pulang
Kerna bumi sedang haus dan longlai
Perlukan tanganmu menyiram damai
Perlukan akalmu menyusun idea
Agar agama ini kembali dimulia
Bila nanti kau bisa mendaki langit
Petiklah bintang turun ke bumi
Hadiahkan ia pada yang menyayangi
Pada bonda yg selamanya berbakti.
Juga, pada Su yg sering merindui!




*Muiz harapan mengembalikan Islam yg gemilang! Ayuh2..jadi org bijaksana dan hebat jiwanya.
*Su rindu Muiz n Sufi. 12days more to go..sabaq2..


No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...