Friday 21 October 2011

Kritikan


Setelah penat bermain kriket, Saiful sedang berehat di bawah pohon yang teduh sambil memegang kayu kriketnya.

Tiba2 datang seorang lelaki menjerit, “Woi bod**, ada ular la kat bawah pokok tu. Kau tak ada otak ke? /&*#$@!%*^&%$#....” (macam2 bahasa dan perkataan buruk yg digunakan.)

Apakah tindakan Saiful?

Memukul ular dengan kayu kriketnya? Atau, memukul si lelaki yang menggelarnya tak ada otak? 

Renung2kan..

Sebelum marah orang lain mengkritik kita, renungkan dulu apa yang dikritik. (pesanan sepenuhnya utk diri.)
Antara memperlekeh dan mengkritik, dua kata kerja yang berbeza. 

Kritikan pada golongan agama khususnya, para ustaz, janganlah cepat melatah dengan menuduh mereka yang berkata begitu cuba memburukkan imej Islam keseluruhannya. Mereka mengkritik golongan ustaz yang tidak baik, jika kita ustaz yang baik, maka kita tidak termasuk dalam tuduhan mereka. 

Umpamanya, ada yang datang membuat laporan di balai polis bahawa terdapat polis ‘jadi-jadian’ di kampung mereka. Patutkah pegawai polis memarahi pembuat laporan itu kerana telah memburukkan imej polis, atau pegawai polis itu berterima kasih kerana membuat laporan dan segera menyiasat kes polis jadi-jadian itu?

Ambillah pengajaran dari apa yang mereka katakan itu, dengan berusaha memperbaiki kepincangan seglintir ustaz yang dikritik itu jika benar. Janganlah menunjukkan sikap yang tidak matang, jagalah nama agama yang dipakai.

Contohnya, mereka yang membantah drama Tahajud Cinta. Jika mereka memberi teguran yang ilmiah seperti drama itu menggunakan hadis2 daif atau palsu sebagai hujah, atau salah mentafsir sebahagian ayat Quran, itu sangat baik. Tetapi jika yang membantah hanya semata drama itu menampilkan watak seorang ustaz yang tidak baik, maka itu sesuatu yang sangat tidak wajar. 

Ini bukan zaman manusia bertaklid pada ustaz. (!) Yang salah tetap salah biar apa nama gelaran yang dipakai pun.
Sama juga apabila ada yang mengkritik wanita muslimah dengan mengatakan, bukan semua yang bertudung labuh itu mulia, kita benarkan sahaja. Memang pun, itu hakikatnya. 

Bertudung atau tidak, itu satu sudut untuk menentukan ketaatan, namun berbagai sudut lain perlu ditimbang sebelum mengaku mulia. Dan, berusahalah mengislah apa yang dibidas itu. 

Apapun, bagi yang gemar memberi kritikan, janganlah meninggalkan adab dan akhlak dalam mengkritik.

contoh adab mengkritik yg baik- 1-senyum!

2-berfikir jauh dan mengkaji dahulu sebelum mengkritik.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...