Sunday 9 October 2011

Sempit. (Bhgn II)

3. Menjadikan agama sebagai halangan bukan penyelesaian

Tidak dinafikan, agama ada undang2 dan peraturan untuk diikuti. Namun, janganlah yang agama tidak larang pun, kita menggunakan alasan agama untuk melarang. Contohnya, rancangan ustazah pilihan dan solehah. Saya tidak berpeluang untuk menotonnya, sekadar melihat dan mebaca info di internet. Di facebook, telah wujud beberapa pege yang membantah program itu, ada yang terus mengharamkan, dan menggelar mursyidah dan mudirahnya sebagai pengkhianat agama. 

Inilah fenomena yang menggunakan agama sebagai halangan, bukan penyelesaian! Jika benar agama menghalang, datanglah dengan sebuah penyelesaian. Tidak hairanlah jika ramai wanita yang yang ingin hidup bebas dari agama, jika pakai lipstick pun dikira tabaruj, lilit2 tudung pun tabaruj, pakai handsock ketat pun nampak aurat, bercakap di khlayak ramai pun fitnah. Patutlah muslimah hari ini semakin mundur. Yang kedepan ialah mereka yang tiada agama, yang hebat dan berjaya gemilang ialah mereka yang tidak ada ilmu agama. Iya lah, yang konon beragama ini, salah faham terhadap agama hingga jadi sesempit itu.

'tuan2,jgnlah kita berfikiran sesempit rumah warna warni ini', Sufi berceramah,gaya tgn macam dah ada.
 Saya hairan kepada muslimah2 yg membantah sungguh2, sedangkan saya tengok di page facebooknya, yang di ‘like’ kan ialah Hafiz Hamidun, Imam Muda. Kalau orang solehah itu tidak dipandang, mereka juga tidak memandang kan? kenapa lelaki tengok wanita, aurat dan fitnah? Wanita tengok lelaki tak pulak fitnah? Tak ada pulak nak bantah Imam Muda tu. (sebab seronok tengok, kan?) Maaf, bahasa dah berbaur emosi.

Dalam dunia hari ini, kita sudah tidak boleh mengharap wanita supaya hanya diam, duduk di rumah, lemah lembut dan sopan, jika lelaki yang ada sudah terlebih lemah lembut. Jika kita tak mampu nak mengubah lelaki kembali pada peranannya, atau sementara menunggu lelaki2 pulih,  kita wanita lah yang perlu bangkit. 

Ataupun, dunia akan kucar kacir jika wanita terus menganggap solehah itu lemah lembut, sopan, diam, taat, tundukkan pandangan, tak bercakap banyak dll. Sesungguhnya kita perlu mengubah minda bahawa solehah itu, ialah wanita yang hebat, berani, berilmu, berfikiran ktiris, kuat, berkeyakinan, kedepan, cemerlang, kaya, menepati masa, dan berbagai sifat dan sikap yang membawa kemajuan. 

*mengubah minda dan cara fikir manusia itu jauh lebih payah dari mengubah gunung menjadi rata.
*sudah 3 malam sy bermimpikan budak kecik yg dlm gambar itu..=(  (x ada kaitan dgn tajuk)

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...