Tuesday 4 October 2011

Oh Ustaz.


“Zakat bukan shj diberi kepada orang yang belajar agama, tetapi juga kepada pelajar2 bidang lain. Kita umat Islam di Malaysia kekurangan pakar2 profesional, bukan kurang ustaz. Malah kita dah terlebih PENING KEPALA dengan ustaz2 yang ada” –kata seorang yg juga ustaz. 

Benar. Tuhan tunjuki lagi kepada saya, ada ustaz yang tidak seperti akhlak yang sepatutnya mereka ada, pemikiran yang sepatutnya mereka miliki, tindakan yg sepatutnya mereka ambil. Saya sedih. Benar kata2 di atas, PENING KEPALA.

Pertama, bukan semua ustaz begitu. Perlu difahami, saya bukan men-generalisasi. Tetapi hakikatnya, majoriti ustaz yg saya temui selalu mengecewakan saya. ‘Majoriti ustaz yg saya temui’ adalah sama sekali tidak sama dengan ‘majoriti ustaz’. Sekali lagi, saya tidak men-generalisasi.

Entah saya yang pesimis, atau Tuhan benar2 menunjukkan satu demi satu orang ustaz yang saya temui tidak mencapai hakikat sebenar-benar ustaz. Bukan saya merendah2 kan ustaz, mencari2 kesalahan ustaz, tapi ia datang tanpa saya berusaha mencari pun. 

Ada yang kata, ustaz juga manusia, akan ada melakukan kesilapan. Tidak mungkin akan sempurna. Sungguh, saya tidak pernah pun mengharapkan seorang manusia sempurna hidup di bumi. Kerana saya percaya kepada ketidaksempurnaan itulah, saya cuba mengkritik (insya Allah dgn beradab), mencadangkan sesuatu yg lebih relevan agar ketidaksempurnaan itu boleh dibaiki dan dibaiki. Bukankah kita saling melengkapi dalam hidup ini? Jika ustaz tidak sempurna di situ, ada orang lain yang mungkin boleh membantu aspek itu. Malangnya, SERING, SENTIASA, SELALU, KEBIASAANNYA, ustaz jarang boleh menerima pendapat dan kritikan orang lain. 

Jika dirasa kritikan orang lain tidak sesuai sekalipun, uruslah dengan beradab. Jika cadangan orang lain kelihatan bodoh pun, berakhlaklah dalam berkhilaf. Sesungguhnya pada mata saya (dan kebanyakan orang pun) gelaran ustaz itu terlalu mulia. Ustaz ialah Islam. Islam ialah ustaz. Walaupun persamaan itu tidaklah benar, namun berhati2lah dalam memegang nama agama. 

Saya tidak tahu lagi apa yang saya perlu lakukan. Buntu sudah. Letih!



*sy benar2 telah letih, telah kecewa amat, dan sedang risau apa akan berlaku pd umat ini.

2 comments:

  1. puncanya satu je..RASA DIRI ALIM..bila ada sikap ni, mulalah tak boleh terima pandangan yang lain..rasa diri je yg betul, pandangan yg bercanggah semuanya salah. maka lahirlah golongan yg AGAH dan EGO!! Statement ni bukan ditujukan kpd golongan ustaz shj..perlu difaham bahawa golongan ini ada di mana2, tidak kira ustaz atau tidak..malangnya,sikap ini selalu nampak ada pada ustaz kerana, mereka belajar tentang islam..islam is the way of life, jadi keterlibatan mereka dan ilmu mereka dalam kehidupan seharian lebih menyeluruh. berbandinagn golongan doktor yang hanya belajar bidang perubatan, atau engineer yg belajar kejuruteraan..jadi sikap itu lebih terserlah dikalanagan ustaz2 berbanding yg lain, yg hanya praktikkan ilmu mereka di tpt2 tertentu sahaja..boleh faham tak apa yg aku nk ckp..aku pn xberapa phm...ahahhaa

    ReplyDelete
  2. i got the points..yup, i agree with u..

    HOWEVER,klu org lain yg bkn ust,lantak pi la depa buat apa pun,diorang x menyandarkan diri pd agama.
    tp kalau ust yg berkopiah,berjanggut,bertanda sujud di dahi,berjubah serban, buat perangai x senonoh,automatically ia dikaitkan dgn agama kerana mereka orang yg mengaku belajar agama.

    saya pun bukanlah suka sgt nak kritk2 org tak tentu pasal.tapi sbb mereka memakai nama agama,jenama agama,jadi,sy kena la ambil tahu apa yg mereka buat dgn agama saya..org lain yg tak pakai jenama agama,tak relate kan diri dgn agama,kurang la sikit kritik sy pd mereka.

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...