Thursday 6 October 2011

Menstruktur Paradigma Terhadap Wanita

Ramai lelaki yang mengaku membela wanita, tetapi sebenarnya sedang menggunakan wanita untuk kepentingan diri. Ramai yang membela supaya wanita diberi kerjaya yang mantap, kerana nanti tidak perlu berdepan dengan krisis kewangan rumahtangga yang memeningkan. Ramai yang membela kerjaya wanita supaya dilonggarkan waktunya, supaya nanti urusan rumahtangga dan anak2 sempat dilaksanakan tanpa perlu lelaki menguruskannya. Mereka zahirnya sedang membela hak wanita, tetapi hakikatnya pembelaan itu untuk kepentingan diri. 

Sebenarnya, Islam tidak pernah mensinonimkan wanita dengan lemah. Tidak pernah meng-kelaskedua-kan wanita. Namun, kita sering mendengar, ‘wanita itu lemah’, ‘wanita itu kurang akal’, ‘wanita itu emosi’ ‘wanita itu fitnah dan aurat’. Malah, orang2 agama sendiri yang menyebarkan kan perkara sebegini.

Jika kita lihat pada zaman sahabat, Aishah tidak bersetuju dgn keputusan politik Ali setelah kewafatan Uthman. Dan beliau telah keluar memimpin menjadi ketua diikuti Talhah dan Zubair (sahabat2 yang dijamin syurga). Waktu itu tiada sahabat yg keluar membantah Aishah tidak boleh menjadi ketua kerana dia perempuan. 
Wanita bukan diciptakan utk memasak shj

 Satu hadis dari Abu Bakrah An Nufi’ bin Haris , “lan nufliha qaumun wallau amrahum imro’ah”. Tidak akan berjaya suatu kaum yg melantik wanita menguruskan urusan mereka (menjadi ketua dalam sesuatu urusan). Hadis ini sering digunakan lelaki (baca:ustaz) untuk melarang wanita yang menjadi ketua, merendah2kan wanita dengan ketidakmampuan, dan enggan untuk duduk di bawah pemerintahan serta arahan wanita dek ego yang menebal. Lau dibacalah hadis ini merata tempat, membantah wanita menjadi ketua bagi lelaki.

Hadis ini sebenarnya bukan bersifat umum. Ia merujuk kepada seorang perempuan (imro’ah) yang mengetuai kerajaan Parsi yang tidak berjaya. Kaum yang dimaksudkan ialah kaum Parsi yang berada di bawah pemerintahan wanita tersebut. Jika hadis ini digunakan dengan maksud umum, dengan mengatakan semua wanita dan semua kaum, maka ia bercanggah dengan sirah. Kerana Umar melantik Syifa’ binti Abdillah untuk menguruskan pasar di Madinah bagaikan menteri perdagangan di Madinah. Dan kisah Saidatina Aishah di atas juga menunjukkan perbezaan dengan hadis ini.

Malah al-Quran juga menyebut dan memuji malakatu Saba’ yang disebut namanya sebagai Balqis dalam buku2 Israel. Balqis membuat keputusan untuk berdamai dengan Sulaiman di saat pahlawan2 lelaki mencadangkan berperang dengan Sulaiman. Keputusan Balqis nyata lebih tepat berbanding lelaki.
Menjaga anak2 yg 'aktif'.

 Ar rijal qawwamuna ala nnisa’ – ramai yg menggunakan ayat ini untuk meletakkan wanita pada ketaatan mutlak pada lelaki. Perlu difahami, qawwam bukan sahaja bermaksud ketua yang memberi arahan. Qawwam bukan sahaja bermaksud pemimpin yang wajib dipatuhi. Qawwam bererti menguruskan, ertinya lelaki menguruskan wanita contohnya dalam soal rumahtangga, memang ditetapkan suami yg perlu menjadi ketua. Lelaki yang perlu menguruskan nafkah wanita. Ayat ini bukan bermaksud lelaki perlu hanya memberi arahan kepada wanita, menyuruh itu dan ini, dan wanita wajib mengikutinya. Tidak! 

Menjadi ketua dalam rumahtangga bermakna memikul tanggungjawab yang paling besar terhadap isteri dan anak2. Menjadi ketua dalam rumahtangga bermaksud lelakilah yang utama perlu memikirkan halatuju keluarga mereka dan nanti akan dipersoalkan dan juga dipersalahakan jika gagal.  Namun, sebagai isteri yang baik disamping menjaga keharmonian, isteri perlu taat dan menghormati suami. Begitu juga suami perlu menghormati isteri.

Hadith aktharuhum an nisa – Nabi tgk dlm neraka ramai wanita. Nabi bersabda kepada wanita lepas sembahyang raya masa ni. Sebab- dlm dunia mmg ramai wanita dari lelaki. Kemudian, nabi tahu akhir zaman nanti, ramai wanita yang akan mengeksploitasikan dirinya. Wanita yang disebutkan Nabi ialah keseluruhan wanita, bukan wanita muslim sahaja.  Bukan hanya sebab derhaka pada suami atau sebab tak reti berterima kasih kepada suami, terus confirm masuk neraka-seperti sesetengah ustaz cakap. Ia mungkin 1 sebab dari sebab2 masuk neraka. Tetapi bukanlah sebab mutlak. Bukan menggalakkan menderhakai suami, tetapi jangan memperlihatkan Islam seolah2 menjadikan isteri hamba kepada suami, sehingga jika dia tidak taat, akan terus terdaftar sebagai ahli neraka. Jangan memperlihatkan Islam sebagai agama yang tiada ruang untuk isteri memberi pandangan dan kritik. Ia tidak benar sama sekali.
wanita juga perlu menuntut ilmu.
 Islam bercakap tentang kepimpinan bukan soal gender, tetapi soal kemampuan. Dalam al Quran ditetapkan kemampuan itu dengan 2 sifat iaitu kuat dan amanah. Itu asasnya, soal kemampuan bukan soal gender. Tidak kira lelaki atau wanita, asalkan dia kuat dan amanah maka boleh dia memimpin.

Pun, perbezaan fizikal dan fitrah tetap berbeza dan membawa kepada berbeza peranan dan kemampuan. Ada juga batasan2 nya. Janganlah kita perjuangkan hak wanita sehingga melupai nilai2 kewanitaan dan identiti itu. Juga, kita bukanlah memaksa lelaki melakukan sesuatu yang memerlukan nilai kewanitaan yang tinggi.

Sering kita dengar, di belakang seorang lelaki yg hebat ada wanita yang hebat. Ia menggambarkan lelaki perlukan wanita untuk menjadi hebat. Ataupun tafsirannya, wanita itulah yang menjadikan lelaki itu hebat.
Tetapi jarang kita dengar, di belakang wanita yang hebat ada lelaki yang hebat. Adakah untuk wanita menjadi hebat, tidak memerlukan lelaki? Fikir2kan..

 ‘Kalau masih lagi budaya hidup masyarakat kita menganggap dalam rumahtangga 80% adalah urusan isteri dan 20% suami maka, wanita selamanya tidak akan jadi pemimpin yg baik jika diikat begitu. Jika suami tidak sanggup membancuh kopi sendiri, tukar lampin anak, jangan mengharapkan wanita boleh jadi wanita yang hebat’ – Dato’ Dr Mahmood Zuhdi.

Dan saya tambah kata2 Dato’ Mahmood Zuhdi, kalau lelaki masih malas dan ego, jangan mengatakan wanita itu lemah. Kerana, bagaimana mungkin wanita mampu menjadi hebat jika masih lagi diikat dgn budaya kerja remeh temeh itu untuk wanita?

Akhirnya, hayatilah hadis ini yang terdapat dalam Sahih Tirmizi,

“Sesiapa yg mencari redha Allah, sekali pun org ramai marah, maka Allah akan cukupkan dia dari bergantung kepada keperluan org ramai, dan barangsiapa yang mencari keredhaan orang ramai sekalipun Allah murka, maka Allah akan serahkan dia kepada manusia.”

Biarlah ramai yang menentang perjuangan ini, mengatakan kita wanita tidak boleh di didik, tidak tahu malu, anti lelaki atau apa sekalipun, kerana kita memulakannya demi Islam yang disayangi. Demi menjadikan Islam yang dipamerkan ialah Islam yang tulen dan sebenar, bukan Islam yang telah diinovasi oleh orang2 agama mengikut kepentingan diri. Percayalah jika kita benar mencari redha Allah, Allah akan cukupkan kita tanpa perlu pun bergantung dan terkesan dengan mereka yang menentang. Namun, jika kita berjuang untuk mendapatkan pengikut yang ramai, untuk dipuji, untuk dilihat hebat, atau untuk kepentingan diri tanpa meneliti redha Allah, maka takutlah kita kerana Allah telah meyerahkan diri kita kepada kita sendiri. Tiada apa lagi yang tinggal jika Tuhan pun mengabaikan kita. Apa lagi yang kita mahu dalam hidup ini melainkan urusan kita diuruskan oleh Yang Maha Bijaksana?

*maaf di atas kekucar kaciran bahasa, dan ketidaksinambungan isi. kerana ini hanya saya petik dari nota kuliah yg sy dengar mengenai wanita dari pelbagai tokoh.*

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...