Tuesday 4 October 2011

Sempit.

1.     1.  Mentaliti tidak layak memberi pandangan kerana kurang pengalaman. 

Tanpa pengalaman, sesorang tidak boleh memberi pandangan. Jika begitu, para ustaz jangan sama sekali bercakap tentang haidh! Ibu yang tidak bersekolah jangan sama sekali memberi pandangan kepada anaknya di universiti kerana dia tiada pengalaman. Begitukah? Kurang pengalaman bukan isunya. Isunya EGO untuk menerima pandangan orang lain yang dirasakan tidak ada pengalaman. Ego untuk menerima pandangan dari orang yang lebih rendah. Itu isu utama nya. Mungkin jika pandangan anak muda yg tak berpengalaman itu benar2 salah, ajarkanlah anak muda dengan adab seorang tua yg penuh pengalaman. Jika anak muda itu tidak beradab, orang tua yang matang kah kita jika juga tidak beradab dengannya? Dalam sirah nabi, tidak pernah nabi menggauli anak muda dengan alasan ‘kamu tak ada pengalaman’. Jika mahu menggunakan mentaliti ini, jangan guna gelaran ustaz yang menyandarkan diri pada agama nabi! Buruk benar kesannya.

2.       2. Mentaliti perlu malu pada ustaz? 

Saya tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan malu di situ. Malu bertanya? Mungkin bukan itu maksudnya. Barangkali malu dalam erti kata hormat. Ya, kita memang perlu menghormati ustaz. Bukan sahaja perlu malah wajib. Dan, bukan sahaja ustaz perlu dihormati, malah semua manusia di muka bumi ini.
Perlu difahami, mengkritik bukan bererti tidak menghormati. Tidak bersetuju dengan pandangan ustaz bukan bererti tidak tahu malu dengan ustaz. Saidatina Aishah R.A banyak sekali mengkritik pandangan atau tafsiran sahabat mengenai hadis nabi, terutama bab wanita. Adakah Saidatina Aishah tidak tahu malu? Kita tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah mazhab, adakah kita tidak menghormati imam agung mazhab itu? Sekali lagi, malu atau tidak, bukan isunya. Isu nya, EGO untuk menerima kritikan orang lain terutama kritikan dari yang bukan bergelar ustaz/ah.

 Marilah kita meluaskan minda, meluaskan cara fikir dan melapangkan dada. Jangan sempit2!

3 comments:

  1. Dah, why don't u post this to him? ke nk suruh aku komen..gram betul aku..

    ReplyDelete
  2. dah la,malas aku nak layan ustaz emo dgn psiko mcm tu..x da masa. biar je la.semoga Allah beri hidayah.
    minta dijauhkan dari diramaikan makhluk2 berfikiran sempit.nanti dia mengamuk lagi kata macam2 kt mydin..mcm budak2 sungguh.adoi..kesian.

    ReplyDelete
  3. hahaha..betul2..tp aku geram nk pm dia lah..bia dia sedar yg dia ego..geram sngguh2..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...