Tuesday 19 July 2011

BID'AH OH BID'AH..(Part II )

Bid’ah tu apa sebenarnya?

Mengikut Imam As Syatibi (ulama’ dari Andalus, jaguh dlam fiqh dan usul, telah berjaya menyatukan perbezaan dalam usul fiqh, kitab beliau yg terkenal ialah Al Muwafaqat dan Al Iktisom. Ulasan terhebat tentang Maqasid Syar’iyah ).

Definisi yg diberi Imam Syatibi ~ jln yg direka di dlm agama yg menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya utk berlebihan dlm mengabdikan diri kpd Allah.

Beliau menghuraikan definisi :
Dikaitkan jln itu kpd agama, perekanya menyandarkan kpd agama..(cth,kalau nk buat bubur Asyura, BOLEH sgt buat dan makan, tp jgn kait dgn Nabi Nuh, itu je..) sekiranya jln rekaan hanya khusus dlm urusan dunia, tidak dinamakan bid’ah. Seperti membuat biskut, mesin kira2, laptop dll. Itu TAK DINAMAKAN BID’AH. Sebab jln kepada agama itu hanya perlu ikut kepada apa yg ada dlm syariat, hanya yg ada contoh dlm syariat. 

Dari segi bahasa, buat benda baru memang bid’ah. Tapi dr segi istilah syarak, ia tidak dinamakan bid’ah kalau ia tidak dikaitkan dengan ibadah khusus. Definisi berdasarkan bahasa (lughah) dan istilah berbeza. 

Contoh : kedai kopi.
“Pak cik, nak beli kopi 2 bungkus.”
“Kopi tak ada la dik, air teh ada.”
“Aik, nama kedai kopi, tapi tak da kopi ka?”

Itula bezanya maksud bahasa dan istilah. Dr segi bahasa kedai kopi : kedai yg menjual kopi. Tapi dari segi istilah kedai kopi : kedai @ warung yg menjual berbagai2 jenis air. 

Begitu juga dgn bid’ah, ia berbeza definisi dari segi bahasa dan syarak.

“Eh, habis tu kalau Quran tu, bid’ah jugak ke? Kan ke zaman Nabi dulu mana ada Quran 1 mushaf macam tu? Tu pun ibadat jugak.”

Erk? ..bersambung.
*Italic, petikan As Syathibi.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...