Friday 22 July 2011

BID'AH OH BID'AH..(Part III )

Mengumpulkan alQuran bukan ibadah khusus, itu jalan dan teknik untuk sampai kepada sesuatu maksud. Seperti juga menggunakan mikrofon untuk azan, (zaman nabi mana ada mikrofon, azan tu ibadah jugak), mikrofon sebagai jalan dan teknik untuk sampai kepada sesuatu maksud. Bukan beribadah dgn mikrofon, tp menggunakan khidmat mikrofon untuk melaungkan azan. Ok.

Kata Imam As Syatibi lagi, “ia menyerupai jalan syarak, tapi ia bukan syarak pd hakikatnya”.
bid’ah ni mestilah direka menyerupai agama. Supaya nampak benda tu sama macam agama
( cth : reka solat2 sunat yg nabi tak buat, baca ‘yasin mubin’, dll ) secara umumnya nampak sama macam amalan agama, tapi sebenarnya bid’ah.

Beriltizam dgn cara @ hai’ah dan kaifiat tertentu. Cth : berzikir dgn bentuk perhimpunan dgn  1 suara, menjadikan perayaan hari lahir nabi.
Beriltizam dgn ibadat tertentu dgn waktu tertentu cth berpuasa pd nisfu syaaban dan bersolat khusus pd malamnya.
Penyamaan bid’ah itu dgn perkara yg disyariatkan

Kalau benda yg tak disyariatkan tak apa. Cth, makan guna chopstick tak apa, adat2 sesuatu tempat, pakaian bangsa, kasut (jgn kait kasut dan selipar dgn nabi, nabi bukan pengeluar selipar, hehehe..benda tu tak lebih dari unsur2 jibiliyyah iaitu unsur2 kearaban shj, nabi pakai semua selipar2 yg diberi, nabi tak kata, sesiapa yg nak ikut sunnahku kena la pakai seliapr tajam kat depan mcm capal nabi yg dijual2 tu..hehee). 

Adat tidak termasuk dalam bid’ah sebab ia bukan ibadah khusus. Cth : buat bubur asyura kerana adat boleh. Tp,

“buat bubur asyura ni dapat pahala lebih, fadhilat banyak..” yang ni salah.

“baca yasin malam jumaat boleh tak? ‘Geng2 tu’ kata tak boleh..!”

Boleh. Yasin kan 1 surah dari al Quran, nak baca mlm jummat pun boleh, mlm rabu, isnin, selasa, semua boleh.

Cuma jgn iktikad kan asal malam jumaat je baca yasin. 

“ust, boleh tak dtg ceramah mlm khamis ni?”

“tak boleh la, ana ada hal. Malam jumaat boleh.”

“eh, malam jumaat mana boleh, kita baca yasin.”

heheh.. lain la kalau cakap, 

“saje je nk baca setiap mlm jumaat, dah free malam jumaat, baca je la masa tu.” Yg ni ok.

KESIMPULAN :

Bid’ah bagi Imam AsSyatibi hanyalah berkaitan soal2 ibadah khusus dalam agama. Adapun perkara2 urusan dunia yg direka2 tifdak dinamakan bid’ah langsung.

Pun, terdapat juga ulama2 lain yg membahagikan dan mendefinisikan bid’ah dgn kaedah yg berbeza. Kerana itu timbullah istilah bid’ah hasanah. 

Sebenarnya, bid’ah hasanah yang dimaksudkan oleh sebahagian ulama2  ialah benda baru yang dikaitkan dengan urusan dunia. Itulah bid’ah hasanah.

Malangnya, ramai yang menyalahgunakan istilah bid’ah hasanah ini, mereka mengatakan bid’ah hasanah ini perkara  yg x dilakukan nabi tetapi baik walaupun berkaitan ibadah khusus. 


*drpd duk fikir camana nak reka ibadat baru, baik fikir camana nak bangunkan teknologi umat Islam, kan? Peace no war..=)


* content dlm “Bid’ah Oh Bid’ah” ini diambil dari ceramah Dr Mohd Asri, pada September 2005.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...