Friday 22 July 2011

Being Different.

Berbeza itu indah. Berbalah itu yg salah. Berlapang dada menerima perbezaan pendapat, kerana pendapat setiap insan  terdedah kepada benar dan salah, melainkan pendapat Allah dan Rasulullah, tiada bantahan untuknya melainkan taat dan patuh. berbeza bukan bererti menghina.

Sikap fanatik kepada sesuatu pegangan atau jumud pemikiran boleh menatijahkan beberapa akhlak yang buruk. Antaranya, ia menyebabkan seseorang itu selalu berfikiran negatif terhadap orang yang berbeza pendapat dengannya. Ini seperti menuduh orang yang berbeza pendapat dengannya itu sebagai musuh, melampau2 dll.




Berbeza itu indah.
Kerana ibu bapa kita berbezalah, kita lahir di dunia. Kalau ibu dan ayah sama2 lelaki, tak akan lahir walau seorang manusia pun di dunia.
Organ dlm badan kita semua berbeza, kalau semuanya jantung, kan payah.
Usolli ke x usolli ke, yg penting kita sama2 solat, qunut ke x qunut, sama2 kita solat subuh.
Berbeza itu indah, berbalah itu yg salah.



Marilah kita belajar menilai pandangan dan menghormati perbezaan. Berbeza bukan bererti menghina. Kata al-Imam al-Zahabi juga:  
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya”

Dalam dunia ilmu, berbeza pandangan tidak pernah dianggap jenayah. Selagi pandangan itu diberikan dalam lingkaran ilmu dan perbincangan ilmiah tanpa maki dan cerca, maka itu adalah dunia ilmu yang patut diberikan haknya.


[pengisisan dari KH Abdullah Gymnastiar dlm rancangan Rawat Hatinya di Astro Oasis.]

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...