Monday 12 March 2012

Meneka Kehidupan di Hadapan

gambar hiasan
Saya sedang menyiapkan lesson plan Chemistry Form 4. Sayu apabila saya terpaksa membelek kembali buku teks Kimia itu. Sedangkan 7 tahun yang lalu, saya menyelaknya dengan terpaksa, jua dengan harapan dan doa, untuk itu yang terakhir. Saya masih ingat, saya melangkah kali terakhir ke Makmal Kimia di Maahad dengan senyuman, dan impian bahawa saya sudah tidak mahu melangkah ke makmal lagi selepas ini.

Rupanya Tuhan telah siap menulis takdir untuk saya. Saya kembali menatap ilmu yang saya sendiri tidak sepenuhnya cintai. Malah, disuruh pula untuk memikirkan bagimana cara yg paling baik mengajar ilmu itu untuk pelajar. Saya tersenyum sendiri. =p Kelebihan buat saya, kerana saya merasa perasaan seorang budak yang tidak minat Kimia, jadi sebagai bakal guru, saya akan berusaha untuk tidak menjadikan pelajar saya merasai apa yang saya rasa terhadap ilmu Kimia dahulu. 

Bahawa kehendak kita bukan sepenuhnya kita kuasai, saya merasai itu. Jalan yang saya tempuhi adalah pilihan saya, tetapi Allah yang terlebih dahulu mengetahuinya. Maka berjalanlah saya di atas jalan ini dengan juga bersama kekuatan yang saya minta saban hari dengan Allah. Allah beri kuat, maka kuatlah. Allah beri lemah untuk menguji, maka saya pun lemah lah meniti kesudahan hujung perjalanan ini. 

Riwayat hidup seorang hamba yang bertuhankan Allah sungguh indah. Kerana selamanya ada ‘kuasa’ yang bersama setiap waktu. Kalaupun yang datang tidak seperti yang diminta, tetapi keyakinan kepada kuasa yang menentukan adalah penyelesaian kepada kekalutan. Dan, teruslah berjalan dengan tenang walau apa pun di hadapan.

Saya jadi tertanya2, jika usia masih panjang, apa lagi yang tidak disangka berlaku pada masa depan? Hidup ini penuh teka teki, kita menyangka, tetapi Tuhan berkuasa.
gambar hiasan

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...