Friday 23 March 2012

Kalaupun ibu sudah tua...


Kalaupun ibu sudah tua, ibu masih perlukan bahagia. Bukan sunyi sendiri di rumah lama, mengira sepi dari Subuh sampai senja.

Ibu masih miliki jiwa, kalaupun ibu sudah tua, yang perlu belai dan mesra, bukan helaian ringgit semata. Jiwa tua ibu terkadang mudah terasa.

Adapun cinta pada jantung ibu, tiada siapa mampu mempersoalkan yang itu, kalaupun ibu sudah tua, tapi cinta ibu sentiasa setia.

Kerana ibu sudah tua, barangkali tidak lagi perlu sesiapa, untuk ibu berkongsi cerita, tentang semalam dan kisah lama, tentang bahagia dan air mata, biar ibu simpan sahaja dalam rahsia. Mungkin itu yang anakanda rasa.

Kalau ibu mampu membuang pergi sepi, telah lama ibu lakukannya sendiri. Namun hanya dengan hadirnya kalian, mampu menjadi sepi terpadam, maafkan ibu kerana demikian.

Kalaupun ibu sudah tua, masih ibu perlukan kalian semua.

saya masih ingat ibu menyikatkan rambut dan memakaikan baju untuk saya.

juga saya ingat ibu mengajarkan saya bentuk huruf Q sebelum saya masuk sekolah lagi.
dan saya juga ingat apabila saya dewasa, saya biarkan ibu saya berjalan sendiri,naik bas dan teksi sendiri,hidup sendiri tanpa saya yang menemani. ya,mungkin begitu cara saya berbakti kepada ibu. ibu tidak kisah pun? ibu tidak minta apa2 pun.malah mungkin ibu bahagia begitu.biarkanlah...

2 comments:

  1. hang awat? pagi2 dh wat aku nanges..huhuhu

    ReplyDelete
  2. yg hang p nangis pasai pa? aku hanya menzahir apa yg ada di hati..sabaq na..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...