Thursday 29 March 2012

Kau Anak Muda


Apa lagi yang di tunggu? Kau sudah berada di jalannya. Pagi masih baru buatmu. Apa sahaja yang kau mahu, ada di hadapan mu. Tunggu langkah kaki mu bergerak menuju ke situ.

Usah berpenat menyusun alasan, alasan hanya mencipta halangan. Tetapi bangkit dengan kekuatan, kerana akan nanti ada jalan yang Tuhan tunjukkan.

Orang tua telah lama hilang harapan. Telah berlalu zaman muda untuk dia berkhidmat merealisasi impian. Sudah habis masa untuk dia bergelar syabab yang digeruni dunia. Tinggal hari-hari tua di akhir usia. Itu pun mereka masih sehabis daya menyumbang dengan keringat yang bersisa. 

Kau anak muda, tetapi telah lama tua jika tidak bangun. Telah lama menjadi kerepot jika untuk ke depan pun kau takut.

Jangan hanya hebat dengan diri sendiri, biar musuh gerun denganmu.

Jangan hanya melakar cita dalam diari kecil birumu, biar manusia dapat merasa sumbangan cita mu itu.

Akhirnya, biar kau mati dalam jasa. Bukan mati sia-sia! 

Kalau nanti, kau tidak ada bakti untuk kau bawa berdiri di hadapan Rabbi. Bila Tuhan bertanya, apakah masih alasan yang akan kau beri? 

Teliti kata-kata Thelma Thompson.

“I had looked out of myself (the created prison), and found the stars!”

Do not create your own prison to yourself. We are indeed stronger than we realize. Bangun, dan buat apa yg kau mahu!

Lihat si kecil ini, dia tidak takut dgn apa pun.

3 comments:

  1. wah, motivasi pagi buat saya..bersemangat di pagi jumaat!!hehe.."we are indeed stronger than we realize!!"..i like..

    ReplyDelete
  2. colors of life, semoga bermanfaat utk mu bergerak..

    kanda Noorhayati, nampak sangat apa yg saya tulis ni x berjaya. huh..'Kau anak muda, tetapi telah lama tua jika tidak bangun.' hihih..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...