Tuesday 6 March 2012

Pedagogi Hudud


Apabila ada yang tidak boleh menerima hudud dan tidak mahu melaksanakan hudud, mungkin dia tidak tahu. Tetapi apabila ada yang tahu, namun menyalahgunakan hudud sebagai senjata untuk keuntungan, maka itu baunya lebih busuk.

Saya fikir, jika mereka orang awam atau orang yang bukan pakar agama menolak hudud, boleh jadi salah orang yang memberi gambaran tentang hudud juga. 

Semester lepas, ada satu forum bertajuk Hudud : Realiti atau Manifestasi anjuran PMIUSM. Walaupun saya tidak tahu di mana kesesuaian penggunaan perkataan ‘manifestasi’ di situ, tetapi saya hadir juga untuk tahu. Berkali-kali berfikir apakah hubungan antara realiti dan manifestasi? Tidak mengapa lah, itu perkara terminologi dan semantik. Abaikan.

Lagipun bukan senang PMIUSM menganjurkan forum begini, selalunya forum ‘Istikharah Cinta’, forum bertemakan cinta Islamik yang sangat tidak saya gemari. Tersenyum2 dalam forum membayangkan bakal pasangan yang beriman dan bertaqwa, sempurna segala segi. Saya tidak suka sesuatu yang tidak berpijak di bumi nyata. Kalau ya pun mahukan yang soleh dan solehah, janganlah menggambarkan satu watak sesempurna watak ayat-ayat cinta atau apa2 cinta kopiah dan tasbih, kerana nanti akan terjun ke dalam telaga kecewa. Mereka yang berkopiah dan bertasbih, bertudung labuh dan berniqab, bukan sesempurna seperti Fahri atau Khairul Azzam mahupun Althafunisa. =)


Kembali kepada hudud.

Seperti di Maahad dahulu, perkara yang sama saya dapat. Jika saya datang dengan ilmu yang kosong terhadap hudud, maka saya pulang dengan pemahaman bahawa hudud ialah undang2 potong tangan kepada pencuri, rejam kepada penzina, sebat dan hanya untuk orang Islam. Saya kecewa dan sedih. Maaf, tiada penambahan ilmu yang saya dapat. 

Kita mahu orang tertarik kepada Islam, tetapi kadang2 gaya kita seperti mahu berkempen jauhi Islam. 

Kita mahu orang masuk persatuan kita. Kita mengajak mereka dengan cara yang bagaimana?

“Adik, jom la masuk persatuan akak ni. Best, nanti adik dapat pergi lawatan free ke Cameron Highland, adik dapat nilai merit, adik dapat baju free, adik dapat....”

Ataupun.

“Adik, jom la masuk persatuan akak, nanti kalau adik tak pakai uniform persatuan setiap hari Rabu, adik kena denda hentak kaki 100 kali, kalau adik tak buat laporan mingguan, adik kena denda RM5, kalau adik tak buat....adik kena denda..”

Mana satu dialog yang paling sesuai digunakan?

Ok, fikirkan!

Biarpun saya bukan orang agama mahupun politik, tetapi mahu juga mengulas. Kata orang, ulasan orang jahil ini lebih menyesatkan. Tak apa, ulasan untuk diri sendiri. Jika kalian takut tersesat, istighfar lah banyak2.

Jangan salahkan pelajar yang tidak faham apa yang cikgu ajar, lihat bagaimana ilmu pedagogi guru tersebut. Janganlah asyik salahkan orang yang tidak faham, lihat dahulu bagaimana cara kita terangkan. Nampaknya ‘orang hijau’ masih gagal menerangkan kepada masyarakat apa hudud yang sebenarnya setelah berpuluh2 tahun. Jika tidak, masakan ada yang tidak boleh menerima keindahan hukum Islam.

Juga, jika mahu bertanya pendapat pun, tanyalah yang ahlinya. Yang hang pi tanya mekanik pasai penyakit hang buat pa? Nampak sangat mahu perangkap dan mencipta isu.

*betulkah hudud hanya untuk orang Islam? Kalau ada 4 orang mencuri, 3 orang bukan Islam, 1 orang Islam. Yang seorang tu sahaja lah kena potong tangan? Yang 3 lagi tu hukum lain? Macam tu ke? Ermmm..

*utk keterangan lanjut, sila baca tulisan dari penceramah tidak bertauliah ini di sini.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...