Saturday 31 December 2011

Kiss Goodbye to 2011


Saya tidak ketinggalan mahu menulis tentang tahun baru. Walaupun sebenarnya, tahun demi tahun perkara yang sama akan diperkatakan oleh ramai manusia. Tentang azam, tentang harapan.

Tahun yang kita lalui sebenarnya hanyalah satu sistem masa yang dilalui oleh semua manusia. Apa yang membezakan ialah keberkatan. Kita barangkali merasakan satu hari itu masa yang sangat lama. Kemungkinan orang lain merasainya sangat singkat. Orang Barat melihat ini ialah teori relativity of time. Tetapi sebagai Muslim kita percaya kerelatifan masa ini berlaku ada kaitan dengan keberkatan masa. Justeru, mari memburu keberkatan pada setiap hari. Agar kita tidak menjadi manusia yang rugi.

Tahun juga hanya satu perkiraan kepada usia manusia. Usia alam dan semesta. Tidak ada apa-apa kemuliaan kepada setiap tahun melainkan kemuliaan yang disebut oleh Allah dan RasulNya. 

Pun, tahun baru sentiasa membawa kita kepada satu rasa untuk muhasabah, jua rasa untuk berubah. Memulakan perubahan sering dikaitkan dengan tahun baharu, walaupun perubahan tidak pernah meletakkan tarikh tertentu untuk dimulakan. Tetapi jika tahun baru dilihat mampu menjadi titik mula kepada perubahan, teruskan ‘berubah di setiap tahun baru.’ Namun pastikan ia berterusan di sepanjang tahun.

Saya kongsikan satu doa dari Nabi S.A.W. Sangat indah.

“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Agar kita tidak pernah sendiri dalam apa jua urusan, doa ini sangat dianjurkan.        
           
Biarkan 2011 pergi. Pergi dari hidup kita membawa sarat dosa dan pahala yang telah kita kumpul. Berjumpa lagi di hari pembentangan amal.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...