Saturday 17 December 2011

Untuk Kalian Yang Saya Sayang..


Hampir lebih sebulan saya tidak pulang ke kampung. Hati pun telah sarat benar dengan rindu. Malam tadi, saya telefon ke rumah, bercakap dengan anak2 saudara yang kerap bertanya ‘mana Su?’. Terdengar riuh mereka bercerita itu dan ini. Setelah berborak dengan kakak, saya minta pula diberi telefon kepada Abg Long, si sulung yang baru bersunat. Jauh kedengaran suaranya, ‘yay, yay, Su nak kecek..’. Saya menarik nafas, ini baru saya di Penang, kalau lah saya ditakdirkan belajar jauh dari Malaysia, pasti saya sudah lembik. Kata Abe Long, ‘tak sakit pun sunat.’. Dan berbagai cerita yang dikongsi dengan saya.
abe long..bakal ulama.

Keluarga segalanya bagi saya. Mereka bukan hanya memenuhi keperluan emosi kasih sayang, tetapi mereka juga menghidangkan keperluan intelek yang saya perlukan. Baru-baru ini, pertemuan singkat 2 hari 2 malam saya dengan Mama, Kak Ismah, Abg Rifqi dan Abg Mad sudah mampu melegakan sedikit hati dan minda saya. Walaupun di hospital yang asalnya hanya untuk rawatan, tetapi di hospital juga boleh menjadi medan perbincangan ilmiah buat kami. Di dalam kereta juga tidak kurang kami berkongsi pandangan. Namun jangan disangka kami sentiasa serius, abang2 saya memang juara dalam mencipta bahak ketawa.

Di sini jujurnya saya tidak punya teman ‘intelek’ yang boleh saya kongsikan pandangan, kritikan, cadangan dan apa2 jua perbincangan ilmiah dan isu semasa. Saya juga punya ramai kawan di sini. Tapi yang tidak pernah kenal pun siapa Dr Yusuf Qaradhawi. Tidak tahu siapa Dr Wahbah Zuhaili, masih hidup atau mati? Tidak pernah dengar apa itu Wahabi dan Salafi. Yang sering mempelawa saya ke panggung menonton Ombak Rindu. Yang sering berlatih melilit tudung dan fesyen terkini. Yang berblutooh lagu2 baru paling sensasi. Dengan mereka lah saya bersama. Dengan mereka lah saya ketawa. Kalian fikir hati saya berasa puas dan gembira? Biarpun bilik saya sentiasa bising dengan gelak dan tawa mereka menonton maharaja lawak, hati saya tetap jua sunyi. Jasad saya bersama mereka, bibir saya meringkuk senyum, tapi jiwa saya penuh kosong. 
rindu utk minum2 petang bersama...

 Sebab itu, saya sangat perlu untuk pulang ke rumah. Menemui kakak dan keluarga. Kerana mereka memahami jiwa saya. Mereka seakal dan seminda dengan saya. Jika lama saya tidak bertemu mereka, saya rasa sangat sesak dalam dada, sangat berat dan sarat dalam kepala. Sebab segala idea dan kata saya tidak ada tempat saya luahkan. Bayangkan, saya tiada siapa untuk berkongsi. Saya tiada siapa untuk berhujah dan berdebat isu terkini. Kadang2, saya bercakap sendiri. Atau saya menjerit di blog, di hadapan laptop yang sunyi. Ada juga saya menulis di mana2, yang pasti bersama pen dan kertas yang bisu dan pekak. Kalau tidak, kepada siapa lagi?

Jika sahabat di Maahad dahulu, mereka berbeza. Mereka ada fikrah yang sama, yang sama-sama tahu keperluan umah hari ini. Di sini juga ada jemaah2 yang ditubuhkan. Saya pernah berada dalam kalangan mereka masa tahun pertama dahulu. Bukan saya menilai tanpa terlebih dahulu menyelidiki dan menyertai. Saya telah pun melalui hari2 bersama mereka. Malah bukan hanya satu kumpulan saya sertai. Lebih dari satu saya cuba mencari yang sesuai dengan jiwa saya. Tapi akhirnya, saya melangkah keluar dari lingkungan mereka. Barangkali jiwa saya yang cemar, maka jiwa saya sering meronta mahu keluar apabila ada program bersama mereka. Akal saya sering menyanggah pendapat mereka. Kerana telah letih meronta dan tidak reti lagi menjadi hipokrit, saya jujur berkata pada mereka – saya mahu keluar, cari lah ganti yang lain. Sejak dari itu, mesej dan info apa pun saya terima dari mereka, saya abaikan. 

Menariknya keluarga saya. Mereka adalah teman saya yang paling rapat dan akrab. Saya memerlukan mereka dalam segenap segi. Segala puji kembali kepada ALLAH yang telah meletakkan saya dalam keluarga ini.

*semalam,keluarga roomate sy dtg tidur di bilik,ya,keluarga sy mmg berbeza..

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...