Sunday 18 December 2011

Keharusan Membelasah Mereka


Apapun jika melampau,  tetap haram!

Kita ini hamba Tuhan, bukan hamba imtihan.

21 tahun hidup di permukaan bumi, macam-macam gelagat manusia kita depani.

Gelagat sendiri pun kita belum mampu kuasai, [tadi saya jawab calculus salah, puas cari di mana salahnya, rupanya saya menjawab 2x3 = 2, maka sampai esok lusa pun jawapan saya akan salah. lihat bagaimana limit nya kuasa kita.]

Apatah lagi untuk menggeluti berbagai ragam dan fe’el manusia lain. Memang letih!

 ‘Haih..assignment tak siap lagi ni, yg tu tak study lg, yg ni tak hafal lg..’ dengan muka yang ketat dan suara yang tersumbat.

‘Tak boleh pergi la, awak tolong buat boleh tak, nak study, ada test..’

‘Sori2, lambat..malam tadi tak tidur..sebab tu lambat jaga.’

Oh, kalau bunyi ayat2 itu baru kali pertama saya dengar, mungkin masih haram bagi saya untuk membelasah. Tapi kalau setiap hari diulang perkara yang sama, menyusahkan orang sebab nak study, fatwa ijtihad saya membuat rumusan keharusan membelasah orang-orang yang keterlaluan!

Teman, bukan anda seorang yang ada test, ada assignment, ada tutorial. Semua manusia yang berada di bumi ada ujian masing-masing. Belajarlah menguruskan masa dan membahagikan tugas untuk diri. Tolonglah tunaikan hak orang lain, jangan ambil hak orang lain!

Berilah hak kepada yang berhak. Hidup ini bukan hanya untuk peperiksaan dan akademik. Study sampai maut pun, kalau menyusahkan orang, apa baiknya? 

Ada juga yang suka buat muka pelik kalau saya kata saya nak balik kampung. 

‘Ha? Nak balik rumah kakak..kan ada test Isnin ni..’

Kita diberi cukup lengkap anggota. Kenapa tak boleh buat banyak kerja dalam satu masa? Balik rumah dan study. Selesai. 

‘Adik saya accident, tapi saya tak boleh balik minggu ni sebab Isnin ni ada test.’

Saya paling pantang kalau akademik dinomborsatukan dan keluarga dinomborduakan. Memang benar, famili pun mahu lihat kita berjaya. Tapi jangan lah sampai keterlaluan. Saya rasa seorang ibu lebih gembira jika anaknya sering pulang ke kampung dan mendapat PNGK3.30 berbanding dapat 4.0, tapi adik accident pun tak pulang jenguk ke rumah. Padahal rumah bukan jauh pun. Apatah lagi, jika tidak pulang kerana study, tapi pointer pun cukup2 makan. Malang benar ibu yang punya anak begitu. 

Nasihat saya, gembirakanlah ibu bapa anda, keluarga anda. Janganlah melampau dalam ‘study’. Study smart, jangan study hard!

Kadang2 saya terasa juga nak bertanya kepada mereka yang taksub ni. ‘Dulu masa SPM dan matrik pun pulun study macam ni ke? Kenapa tak dapat ambik medik eh? Kawan2 saya yang study medik pun tak gila study macam ni..’

Kepada apa sekali pun, jika keterlaluan (taksub) tetap tak boleh. Sila jadi matang..!

teringin nk tanya chedet mcamana beliau study.

*Kepada mazhab pun dilarang taksub, inikan pula taksub kepada seseorang tokoh (biasa), drmaza, uzar, ufb, atau siapa2 shj. Kalau begitu, lebih baik taksub kpd Imam Syafie berbanding kepada mereka. Gejala melampau bukan kepada tokoh shj, tp kpd perkara lain pun. Taksub pd akademik, taksub pd bisnes, taksub dgn kerja dll. Wasathiyah itu yg terbaik.

4 comments:

  1. Dik Munibah, pendapat anda memang matang. Tiada keharusan untuk saya membelasahnya. Dan, saya memang taksub.. eh! takjub dengan idea anda ini. Brilliant, my dear!!

    ReplyDelete
  2. oh,sudah pandai menggunakan perkataan 'keharusan' ya..

    ok,fatwa hati sy mengatakan bukan lg keharusan sy balik rumah minggu ni, tp menghukum 'wajib' sy balik rumah..kerana mudharat lebih banyak dari manfaat apabila sy di sini..

    ReplyDelete
  3. So, u baliklah ye weekend ni? tolong I nanda kertas ya! Ada 69 skrip lagi ni... hehe!

    ReplyDelete
  4. inshaAllah..dh beli tiket, khamis mlm i balik..ala 69skrip sket je..meh i tanda..

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...