Tuesday 6 December 2011

22

10 Muharam 1411 – 10 Muharam 1433.
Twenty two.

6 December 2011 - 32nd birthday of my handsome-macho-comel brother.
‘Dikdah, wat air laici ke Abe Mat.’ – favorite qoutes by him.
Jalannya di medan juang itu moga diiringi Tuhan.
Keringatnya meruntuh kezaliman itu moga diganjari Tuhan senikmat2 ganjaran.


Masa terus berjalan dan berjalan. Hari demi hari, kita makin dekat dengan mati.
Semoga hari demi hari, kita makin diberati pahala, diampuni dosa,dan  disayangi semua!

Jika hidup ini kita yang punya, pasti hanya gembira mahu kita rasai. Kerana hidup ini bukan milik kita, tempuhi semua yang diberi Nya. Nanti, Dia akan ada sesuatu untuk kita.

Kerana hidup bukan milik kita, lalui dengan redha.

22 tahun bernafas, berapa sudah ujian yang ditempuhi. Berapa banyak doa yang telah Tuhan makbulkan. Berapa titis airmata telah Allah keringkan. Berapa kali Allah telah memberi penyelesaian ketika kita meminta jawapan. Cabaran yang kita depani dengan penuh payah, telah Allah mudahkan hari ini. Halangan yang kita temui, telah pun Allah alihkan. Pernah kita kira semua itu? Sudah cukupkah syukur kita? Muhasabahlah. Jika berasa jawapnnya sudah cukup, muhasabah lah dua kali.;)

Ucapkan saya Selamat Hari Lahir. Doakan saya selamat sampai akhir..



2 comments:

  1. Adindaku manis, kanda hampir lupa yang hari ini adalah 10 muharram, hari lahir adinda mengikut kalendar islam. Oh! sudah dewasa nian adindaku ini. Terasa masih baru lagi mengendongmu dalam dukunganku, masih baru lagi melayan karenah manjamu sewaktu kecil dahulu, bercerita dan bernyanyi... rupanya sudah berlalu semua itu!

    Selamat menjadi dewasa, adindaku. Aku sangat bangga dan bahagia memilikimu. Walaupun bongsu - terlimpah segala kasih dan perhatian - hatimu tidak hanyut dan lalai. Semangatmu tetap kuat dan kental.

    Teruskan berjuang, sayang! Semoga hidupmu dalam redha Allah sentiasa....

    Kasih sayang selamanya dariku...

    ReplyDelete
  2. Ya kanda,kerana masa pantas berlari,maka adinda kini sudah menjadi dewasa. Seperti kanda,adinda rindu kenangan sewaktu kecil,untuk menyanyi bersama kanda, belajar melukis dan mewarna,tidak kurang mematahkan lipstick2 kanda..ehehe..;)

    Jika nanti di syurga boleh diminta semua,dinda akan memohon menjadi kecil semula dan bermain bersama kakanda2 seperti dahulu.

    Terima kasih atas doa. Tiada apa lagi yang lebih berharga melainkan didoakan kebahagiaan oleh orang2 soleh.

    Serupa juga dengan kanda,doaku semoga Allah menaungimu setiap masa..bahagia berterusan sampai bila2.

    ReplyDelete

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...