Saturday 2 February 2013

Wahai Anakku

Wahai anakku,
Engkau sabar sekejap dengan derita dunia, lebih ringan bagimu dari engkau ingin bersabar dengan azab Allah di akhirat. Engkau taat sekejap di didunia ini, nescaya kamu akan mendapat rahmat Allah yang berpanjangan di akhirat.

Senyumlah kepada dunia, kerana ia gagal menipumu.

 Wahai anakku,
Janganlah engkau terikut dengan kehendak nafsu burukmu yang dihasut oleh syaitan untuk tidak memaafkan kesalahan manusia lain, kerana itu puncak keegoan yang memusnahkan. apalah erti engkau menyimpan dosanya atau dendammu. yang penting wahai anakku, keinsafan dan kekesalan terhadap apa yang berlaku, lalu ia menitis air mata taubat memohon pengampunan Allah. Kalaulah Allah sedia mengampuni dosa hambaNya, janganlah engkau menjadi makhluk yang lebih sombong dariNya,


 Wahai anakku,
Seorang pesakit mesti memakan ubat mengikut apa yang diarahkan oleh doktor, walaupun sekali dua kali ia makan, mungkin sakitnya hanya hilang seketika sahaja, ia perlu terus sabar memakan ubat tersebut sehinggalah ia sembuh. Jangan kerana ia ingin segera sembuh, lalu ia menelan semua ubat tersebut sekaligus, tentulah mendatang mudarat baginya. Demikianlah Allah memberi rezki kepada hambanya sesuai dengan keperluannya, andainya Allah menurunkan semua rezkinya, nescaya matilah manusia dengan rezki tersebut. Sebagaimana matinya pesakit yang menelan kaesemua ubat sekaligus.

Wahai anakku,
Kamu sangat bimbang akan kehilangan orang yang kamu cintai. Kamu sedih bila panggilanmu tidak disahuti. Engkau akan berdukacita bilamana panggilanmu tidak dilayan. Engkau tidak akan buruk sangka kepada orang yang kamu sayangi bilamana ia tidak menjawab panggilanmu, kerana engkau sangat menyintainya.

Wahai anakku,
Apakah engkau tidak bimbang kehilangan kasihsayang Allah padamu, sehingga engkau biarkan panggilanNya. Apakah engkau tidak bersedih apabila doamu tidak lagi didengar. Dan bagaimana kalau Ia tidak mempedulimu sebagaimana kamu tidak mempedulikan seruanNya.

Wahai anakku,
Aku sayang kepadamu, kerana itu aku minta engkau jangan abaikan panggilanTuhanmu, walau apa tugasmu sekalipun. Segeralah sahut panggilanNya kerana seruan itu akan lenyap dari pendengaranmu bilamana telingamu sudah tidak mendengar lagi, matamu sudah tidak dapat melihat lagi dan denyutan jantungmu telah terhenti.

Senyumlah semoga Allah redha kepadamu.



Daripada ayahandamu. 



saya suka membaca nasihat 'wahai anakku' oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man di facebook beliau. seperti benar-benar seorang bapa menasihati anaknya. di sini saya kongsikan. beliau pandai mengambil hati anak muda, dan saya lihat ramai orang2 muda share nasihat beliau dan senang dgn pendekatan beliau. tahniah!
tuan ibrahim tuan man ialah ketua penerangan pas pusat (kot, x pasti..)

Lagi dari Ust TITM :

Hidup ini mudah, kita boleh mencari 100 alasan untuk menangis, sudah tentu kita boleh mencari 1000 perkara untuk bersenyum.

Kuatkan iman dan percayalah dan sangka baik pada Allah akan menjaga kita sekiranya kita terus beriman dan patuh pada segala perintahnya.

Seronok untuk melihat orang bersenyum, lagi indah sekiranya mengetahui kitalah sebab seseorang melakarkan senyuman tersebut.

Senyum.

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...