Tuesday 1 January 2013

Tahun Baru, Kelahiran dan Cinta.



2012 sudah tamat. Rahsia di dalamnya sudah dibuka. 2013 tiba, masih misteri. Apa yang akan berlaku pada tahun ini? Yang pasti 2013 akan menjadi tahun yang terakhir, tapi untuk siapa?

Apapun, 2013 menjadi tahun pertama buat puteri itu. 2013 membuka harinya dengan berita bahagia. Kelahiran puteri kekanda memberi senyuman ceria. Maha Suci ALLAH yang menciptakan daripada tiada kepada ada. Segala puji bagi Nya.

Walaupun jauh di pulau ini, doa sentiasa mendekatkan kita. Semoga puteri yang baru membuka mata melihat dunia, beroleh redha dan rahmah ALLAH untuk berdepan dengan segala macam perkara di hadapan. 


'Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.'

(Sahih al Azkar An Nawawi.)



 

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...