Monday 8 December 2014

Bijak



Kita definisikan bijak ialah punya minda yang hebat, cepat menangkap, dan cerdas mengingat.

Kita agungkan orang yang bijak. Kita kata dia hebat.

Makin banyak hari dalam hidup kita lalui, kita akan mengerti, bukan tiap ketika bijak itu penting.

Kalau diberi pilihan untuk diperoleh, antara bijak dan kesungguhan, akan saya pilih kesungguhan.

Bijak, tanpa kesungguhan, seperti kereta mewah tetapi tidak berfungsi. Lama-lama ia buruk dan menjadi besi tersadai.

Tetapi kesungguhan, biarpun kereta sederhana, tetapi ia diguna sempurna, rosak-dibaiki, dijaga dan dicuci.

Ia berkhidmat untuk tuannya. Ia pergi meneroka dunia. Biar lambat, tetapi bergerak.

Teman, taqwa itu diperoleh dengan kesungguhan. Bukan dengan kebijaksanaan.

Kejayaan itu dicapai dengan kesungguhan keseluruhan anggota, kaki, tangan, minda, mata dan jiwa.

Sedang bijak itu hanya bercahaya pada minda, tapi lumpuh pada anggota.

*motivasi untuk saya yang lambat agar jadi rajin dan bersungguh-sungguh. Biar lambat, asal bergerak! Sebenarnya tengah geram dengan orang perasan bijak.




No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...