Saturday 20 December 2014

Muhammad Al Ghazzali (1917-1996).



Tentang ulama ini saya baca dari buku yang saya pinjam di perpustakaan.

Beliau ulama’ Ikhwan.

Sangat lembut dan beradab sehingga dikenali sebagai Adib ad Da’wah.

Antara murid-murid baliau ialah Dr Yusuf al Qaradhawi. Beliau pernah berada dalam satu sel ketika dipenjarakan.

DYQ menceritakan :

“Muhammad al Ghazali banyak menangis apabila membicarakan kalimah tauhid La Ilaha Illa Allah, dan beliau amat mencintai kalimah tersebut.”

Walaupun Muhammad al Ghazali beraqidah Salafi, tetapi beliau banyak menasihati golongan Salafi yang cenderung kepada perkara cabang.

Kagum saya pada beliau. Katanya :

“Para fuqaha sibuk dengan muamalat dan ibadat zahir. Manakala ahli tasauf sibuk dengan akhlak dan tarbiyyah.

Padahal banyak dari golongan fuqaha tandus kerohanian dan semangat. Sementara ahli tasauf tandus ilmu untuk dijadikan pegangan.

Natijahnya, timbul kemelut dan kegoncangan dalam pemikiran Islam, kerana terpisahnya fiqh dan tasauf, serta terpisahnya tasauf daripada fiqh.

Sehingga orang yang suka beribadah namun melakukan bidaah dan tidak ada kesedaran ilmu pengetahuan. Manakaa yang sibuk dengan pelbagai fiqh, tidak memiliki kerohanian dan kekhusyukan.”

(Muhammad al Ghazzali, 1992).

Beliau juga seorang yang sangat rendah diri. Katanya :

“Yusuf (DYQ) dahulu muridku, sekarang saya lah muridnya. Tanyalah Yusuf, dia lebih bagus dari saya.”

Seperti kebanyakan ulama, Muhammad al Ghazzali juga meminati bidang sastera dan syair. Dalam penulisan beliau, beliau banyak memetik kata-kata penyair.

Antaranya beliau petik dari Ahmad Shauqi (w 1932) :

“Rakyatmu yang ada di Timur dan Barat,
Seperti peghuni gua yang berdengkur hebat,
Padahal di tangan mereka ada dua cahaya, Al Quran dan As Sunnah,
Tetapi mereka tetap hidup dalam kegelapan.”

Ada syair yang lebih menarik :

“Aku hiburkan diriku dengan cita-cita yang aku tuju. Kalau tidak kerana luasnya cita-cita itu, hidup ini dirasai terlalu sempit.”

Saya mengulang-ulang syair yang akhir itu. Benar sekali. Hidup ini sungguh sempit dengan kepayahan kiranya tiada indah cita-cita yang ingin kita genggam.
“Aku hiburkan diriku dengan cita-cita yang aku tuju. Kalau tidak kerana luasnya cita-cita itu, hidup ini dirasai terlalu sempit.”

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...