Pesan Buat Anak
Kiranya nanti engkau dipanjangkan usia menjadi remaja, susurilah jalan remajamu sebagai seorang dewasa.
Kerna pada usia yang telah banyak ini, barulah nanti engkau akan rasa sesalnya menjadikan waktu muda tiada apa-apa. Ruginya waktu emas itu engkau buang untuk sekadar perkara yang ringan.
Harusnya remaja itu kau penuhkan saatnya dengan merapati ilmuwan. Bercinta dan berbahagia dengan orang sarat ilmu. Bagaimana bolehnya sehari-hari engkau bersama mereka?
Dengan buku.
Kau akan merasa enaknya membaca. Dalam jajaran buku di rak perpustakaan, engkau akan tahu dalamnya ada sebuah kehidupan. Dunia memang istimewa, namun buku lebih istimewa kerana ia membawa pelbagai jurus dan hala dunia dekat denganmu dari pandangan orang beribu.
Orang, akan kausakiti atau akan kau disakiti. Namun buku, ada saktinya sendiri.
Sampai satu ketika, ketika kau disakiti manusia, akan kau terus teringatkan buah-buah buku yang kaumiliki untuk memberi permai pada hati.
Akan segera engkau berlari mendapatkan ayat-ayat yang pernah kau khatam untuk kembali kau ulang.
Begitu anakku. Bercinta dengan buku hanya ada satu pengakhiran ceritanya, iaitu bahagia.
Itu satu saja pesanku. Membaca dan kau akan bahagia.
(untuk 14 orang anak yang ada, kerana ketika menyebut anak, siapa lagi yang ada di mata kalau bukan 14 itu?)
When you want something,all the universe conspires in helping you to achieve it - Alchemist.
Sunday, 6 September 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sakit
Dahulu pun saya selalu rasa sakit belakang, Tetapi on off dan ia tidaklah terlalu mengganggu pergerakan saya, kecuali waktu pagi saya sedik...
-
Saya tidak nampak ada kesalahan. Biarpun mungkin bunyinya agak sumbing. Dulu saya berfikir berbeza. Tapi hari ini, mungkin kerana telah ...
-
Usia 19-23 tahun saya di USM 4 tahun yang penuh warna warni. Saya pelajar Sains dengan Pendidikan major Biologi dan minor Kimia. Jadi say...
-
Sejak 2008, saya diburu oleh mereka. Bermula di Matrikulasi, sehingga tahun pertama dan kedua universiti, banyak individu yang mewakili ber...
No comments:
Post a Comment