Sudah dua kali saya ke kedai buku di Kelantan dengan hasrat untuk dapatkan buku Ust Umar yang terbaru.
Tapi sayang, pencarian gagal.
Hari ini, selepas sekolah saya ke MPH di AEON Taman Universiti untuk memenuhi keinginan nafsu 'masuk kedai buku' atau lebih tepatnya mencari terapi di situ setelah sempit dan sesak dada di sekolah.
Tanpa di duga mata tertangkap buku yang sekian lama dicari.
'Termenjerit' gembira disitu. Hahaha
Alhamdulillah.
Saya kenal Ust Umar melalui majalah Solusi dalam kolum Mahmudah. Minat pada kolum tersebut membuatkan saya mengumpul koleksi Solusi di rumah dan menulis nota mengenai ulama' yang diceritakan dalam Mahmudah. Waktu itu saya sepenuh masa di rumah, menganggur.
Belum sempat siapkan semua tajuk, saya terjumpa buku beliau.
Buku pertama Ust Umar yang saya baca ialah Ikon Syabab.
Kedua Rasul Mulia Umat Mulia Akhlak Mulia. Buku yang telah lama terbit tetapi tidak tertarik untuk saya miliki kerana tajuk yang agak kurang menar
ik dan belum mengenali Ust Umar lagi.
Ketiga Mengenali Imam Syafie.
Keempat Kompas Umat.
Keempat-empat buku beliau saya ulang baca beberapa kali. Malah membelek helaian terakhir membawa rasa sedih. Mahu lagi dan lagi.
Alhamdulillah, buku kelima dapat juga saya miliki. "Dalam Hati Ada Syurga."
Kawan-kawan, apa yang Ust Umar sampaikan tidaklah berat falsafah dan pemikiran. Ia murni, ringan dan tenang sekali.
Ringan dan tidak berat pada pemikiran, tetapi sangat berat untuk dicontohi dan diamalkan jika tanpa mujahadah.
Tulisan Ust Umar sangat berbeza dari buku-buku lain. Rujukan yang beliau gunakan sangat banyak.
Celoteh dan ayat-ayat goreng memanjangkan perenggan? Minimum sekali.
Cubalah baca.
When you want something,all the universe conspires in helping you to achieve it - Alchemist.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HARI RAYA 1446
Tahun ini, giliran beraya rumah mentua. Walaupun rasa nak sangat tetap stay dekat rumah ma sendiri, tetapi tanggungjawab perlu dilaksanakan....
-
Saya tidak nampak ada kesalahan. Biarpun mungkin bunyinya agak sumbing. Dulu saya berfikir berbeza. Tapi hari ini, mungkin kerana telah ...
-
Usia 19-23 tahun saya di USM 4 tahun yang penuh warna warni. Saya pelajar Sains dengan Pendidikan major Biologi dan minor Kimia. Jadi say...
-
Sejak 2008, saya diburu oleh mereka. Bermula di Matrikulasi, sehingga tahun pertama dan kedua universiti, banyak individu yang mewakili ber...
Eh masuk ke komen saya tdi
ReplyDeleteHaha.saya pun minat dgn tulisan ustaz umar.mula tertarik dri majalah solusi. Tulisan beliau ringkas, penuh dgn kisah orang2 soleh dahulu. Mgkin itu yg buatkan tulisan beliau menarik. Haha.maaf excited lak sbb jumpa org yg minat yg sama. Terjumpa blog ni. Mula2 hanya nak cari review ikon syabab. Maaf. Saya ada 4 buku beliau kecuali imam syafie
ReplyDelete