Friday 8 April 2011

Senget

sy mahu cakap begini. Begini, ya benar, kita mahu melahirkan manusia yang seimbang, jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan mewajibkan badan berunifom, jasmani jadi makin sihat. Mungkin semua yang sakit2 di hospital itu dulu tak pernah mengikuti program badan berunifom,.itulah akibatnya. Oleh itu, badan berunifom baik untuk kesihatan. Ok, untuk jasmani, kita hebat. Lalu, untuk emosi, rohani dan intelek? Mengapa tidak kita wajibkan juga bdan yang menjadikan emosi pelajar sihat. Contohnya, wajibkan pelajar ke kursus2 kaunseling, kursus bina keyakinan diri, yang bukan melibatkan jasmani, tapi emosi. Wajibkan setiap minggu (spt bdn unifom) utk pelajar hadirkan diri ke kelas emosi itu. Barulah emosi pelajar sihat. Tak ada yg bunuh diri, tak ada yg sakit mental. Kemudian rohani? Begitu juga, setiap minggu wajibkan pelajar2 hadirkan diri ke usrah2. Bagi surah2 sbg tugasan utk mereka hafal. Kenalkan mereka dgn hadis2 sahih nabi, barulah tak ada anak2 zina yang lahir, barulah tak ada masyarakat rosak akhlak yang makin subur, barulah anak2 jenayah tidak lagi dilahirkan oleh ibu2 mereka. Seterusnya, intelek. Wajibkan juga pelajar2 menghadiri seminar2 ilmu setiap minggu. Kenalkan mereka dgn tokoh2 ilmu, cendikiawan2 antarabangsa. Buka pemikiran mereka menjadi minda kelas pertama. Jadikan minda mereka minda intelek. Barulah tidak lahir Mawi yang ada rohani (konon) tapi intelek kosong. Barulah tak ada yang hanya sihat dan warak, tp minda tertutup. Barulah tak ada yg hanya tengok Hantu Kak Limah tp tak tahu Tsunami di Jepun. Faham tak?????????
Huh…kenapa la mereka tak faham?? Ingat nak sihat jasmani je. Sebab tu ramai yg bengong sekarang. Sebab mereka sihat jasmani, tapi mental tak sihat, rohani tak sihat, intelek tak sihat. Jadi lah mereka semakin menjadi2 dan aktif oleh kerana terlalu sihat jasmani dan sakit aspek2 lain. Mereka lah orang2 yang BENGONG!
Astaghfirullah..ampunkan sy ALLAH. sy terlalu tidak bersetuju dan tidak faham mengapa mereka terlalu bengap untuk memikirkan semua ini?
*kalau ada yg menjawab apa2 yg dipelajari di dalam kelas sudah mencukupi utk memenuhi kehendak emosi, rohani dan intelek. Cuma jasmani yg perlu ditambah di luar kelas. Bgmana dgn pendidikan jasmani yg terang2 ada pkataan jasmani kat situ?
Sesungguhnya saya bukan anti aktiviti yg melibatkan jasmani, tapi saya tak suka yg tidak seimbang. Sebab itu ramai yang menjadi SENGET sekarang. Tidakkah anda dpt melihat ramainya org2 yg senget? ramainya mereka yg berbangga sihat jasmani, tp 3 aspek lain sungguh tenat. sy benci melihat org2 yg berbangga2 kononnya dgn aktif bdn unifom semua jd seimbang. pdhal, terang2 sy nampak mereka tak sihat rohani dan intelek. sy geram..

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...