Wednesday 20 April 2011

Hari Lahir Muiz.

Hari ini, hari lahir Abdul Muiz Muttaqi untuk yang pertama. Rasanya, baru sahaja Su menulis status Facebook Su mengenai kelahiran Muiz tahun lepas. Sekarang, mencecah setahun sudah anak saudaraku itu. Tahun demi tahun, Su juga semakin tua pastinya. Dan, rasa tidak sabar pula untuk menimang cahaya mata sendiri. Heehhe..
Muiz lahir ketika Su berada di tahun 1 pengajian di sini. Sewaktu Mama Muiz mengkhabarkan ada seseorang dalam rahimnya, Su sangat terkejut. Maklumlah, sudah 11 tahun Mama Muiz menunggu. Dan, sewaktu Mama Muiz bagitahu Muiz dah selamat dilahirkan, Su sangat gembira. Terasa Allah telah menulis segala2nya yang terbaik untuk semua - untuk Mama Muiz, juga untuk Muiz. Setelah beberapa hari Muiz dilahirkan, Ummi pula bagitahu yang Muiz sakit. Walaupun waktu itu Su belum pun menatap mata Muiz, belum pun menyentuh Muiz, tapi Su rasa sedih sangat. Allah telah pun menitipkan kasih sayangNya buat Su untuk menyayangi Muiz. Subhanallah, sungguh benar Allah itu Maha Kaya dengan cinta. Teringat kata2 Cik Na pada Su bila Su katakan yang Su rindu dan sayang semua anak2 saudara Su. Kata Cik Na, itu baru anak saudara, belum lagi anak sendiri, bayanglah sendiri betapa sayangnya Ma pada kita semua. Su membenarkan kata2nya. Itu pun kita selalu saja meragui dan mencurigai sayang ibu ayah pada kita. Hakikatnya, yang patut kita ragui ialah sebanyak mana bakti kita pada mereka bukan sayang mereka pada kita.
Untuk Muiz, Su sentiasa doakan Muiz agar menjadi orang yang bertaqwa. Menjadi seorang yang mampu mengubah dunia ini menjadi tempat yang lebih baik, lebih harmoni dan aman. Hapuskanlah segala bentuk kezaliman yang kian lama terpacak di bumi ini, dan tegakkan kembali hukum Islam yang kian pudar dipadam tangan2 kejam. Ayuh, Muiz bangkit, lakukan sesuatu untuk dunia! Andainya, andainya Muiz mampu memahami apa yang Su rasa pada hari ini, pasti Muiz juga turut bersemangat menyahut seruan Su itu. Kerana, bukan Su seorang yang menangis melihat kehancuran dunia Islam hari ini, tetapi ramai juga yang meratapi, namun tiada siapa yang masih berani bertindak. Jadi, Muiz lah harapan kami. Go Muiz go!

No comments:

Post a Comment

Queen Of Tears

  Selepas Winter Sonata yang saya tonton ketika darjah 6, saya tidak lagi menonton apa apa drama Korea. Di Johor saya selalu pelik tengok ka...